Wednesday, November 23, 2011

school holiday

wow, seems that it has been ages since my last posting :-)

busy betul nampak nya... actually, not that busy but everytime bukak laptop, datang la si amir hazeem or amir harith ---

mama, nak tgk youtube.

mama, nak main game.

mama, nak tgk katun....

mama... mama.... mama....


kadang2 diorg tak payah mintak pun.

mama, tgk la harith ni kacau hazeem nak buat lego!!! MAMAAAA!!!

ok, fine...one of you take the laptop and do your thingy... spare me the headache (ughhh...)

so, most of the time, aku x dapat nak meng-online kan diri. bila dah dpt turn pegang laptop, ada yang mintak susu la...ada yang berak la... sapa kata fulltime mom ni rilek??? aduhai....

ok, sekarang ni cuti sekolah. yeayyyy.... (the yeay doesnt come from me, but from hazeem)  ehhehe...

apa rancangan?
pegi holiday --- duit tak cukup
pegi zoo --- dah banyak kali nau, aku rasa binatang2 tu pun bosan tgk kami :-p

takat ni, aku dah ada few plans for hazeem.
1. hantar dia ke kelas pemulihan untuk bahasa arab since his bahasa arab lisan he got an E! somehow, amazingly he got an A for his bahasa arab penulisan. i think we also need to instill more self confidence in him, biar berani skit bercakap. bukan main cakap je... hehehe

2. special programme which scares the hell out of him --- berkhatan :D
ni kena buat awal ni...nnt cepat skit abis pantang.

3. birthday makan2 for him (which we plan to do a JV birthday celebration with harith). hazeem's birthday is 22 Dec and Harith's is on 7 Jan. so, why not we kill 2 birds with one stone? anyway, it would only be a small famil affair. it is also a treat for hazeem since he accomplished a better result (ehem...apart from that E!) on all subjects.

Other plan? nak menempel tumpang my mother whenever she goes to Penang for her work trip. normally she got a suite, sometimes the hotel upgraded to a very large suite --- large enough to accommodate us, free riders ehehhe.... plus, my sister and her husband and her daughter would be in malaysia by end of dec. so buleh la pi ramai2 makan nasi kandaq! insyaallah...


so, peeps... happy holidays!!!!

Wednesday, September 28, 2011

barang baru







masa raya itu hari (cewah)... ramai yang bertanya, mana aku beli inner neck yang aku duk pakai dengan shawl 

jawapannya... jengjengjeng
itu antara produk tudung yang aku duk jual. sebelum raya tak sempat nak upload, byk terjual dekat sedara mara terdekat, satu dua aku hambik buat pakai sendiri... hukhukhukkkk

ni, ada stock baru mai.
sila rujuk http://klosetmuslimah.blogspot.com

err, shawl tak jual ya ehehhe...

sila la jenguk ya
thank you.... :D

Wednesday, September 7, 2011

sayang anak

sapa tak sayang anak. dan macam2 ragam cara org tunjuk cara 'sayang' anak nih...

apa2 pun, Islam dah ada cara nak didik anak, kita just folo je, insyaallah, semoga mereka terbentuk menjadi orang yang beriman. bukan apa, bila dah beriman ni, kita tua nanti senang, dah mati pun lagi senang. pastu kurang la sikit org nak buat jahat kat dunia ni sebab kita dah terap perasaan takut dengan azab Allah. kalau budak2 kurang kasih sayang ni selalu masa kecik tak nampak, bila dah besar baru la terserlah, tapi dah terlambat nak repair. buleh repair, tapi susah. ada yang langsung takleh repair.

enuf melalut, sebenarnya aku nak quote kata2 sorg kawan kat fb ni, which aku rasa cukup terharu...

"Jauhny diri drp menjad Ummi yg baik. Banyaknya kelemahan dan kesilapan dlm mengurus anak2. Pohon hidayah Allah utk bantu diriku yg sgt dhaif,sgt jahil dan sgt lemah..

Anak bukan hak mutlaqku.dipinjamkan Allah sbg penyerii hidup.dtgnya bers...
ama amanah besar yg perlu dilaksana.

Saban har aku tertanya -- mampukah aku menunaikan amanah ini dgn baik? Allah,bantula hamba..tampungi kekuranganku,tetapkanlah kekuatanku,tingkatkanlah kesabaranku..

Jgn sekali2 ya Allah,Engkau benarkan hamba menyayangi mereka mengatasi kasih sygku kpdMu, rasulMu dan agamaMu.
."
mana letaknya aku? cukup ke didikan aku beri kepada anak2 aku? jauh dari cukup, aku sendiri pun still meraba2... ya allah, tunjukkanlah kami jalan yang benar...jauhi kami dari api neraka mu, ampunkan dosa2 kami dan kau permudahkan amal ibadat kami ke arah syurga mu.
dan aku selalu gak berdoa, allah panjangkan hayat aku dan suami, supaya kami dapat membesarkan budak2 ni sampai berdikari. kalau tak, hopefully Allah menjaga mereka sebaik mungkin. sesungguhnya mereka hanya 'pinjaman' dari Allah....


Tuesday, September 6, 2011

riuh hari raya

 tahun ini saya beraya di kampung suami di negeri sembilan. panas? ya, memang panas... hati takde panas, cuaca panas.

makanan lak sodap2 belaka. semua rumah masak rendang kaw2 nya. ada satu rumah tu, kuah kacang pun marbeles. tapi aku nak tambah lelebih, takut atuk tu kata aku bela hantu raya lak, makan tak henti2 hahahah!!!

ada satu rumah tu lagi la, mebi semua masakan dia letak ganja. sebab kami semua makan sampai takmo bangun kerusi. semua nya sedap. rendang, lemang, mi sup, biskut, kueh mueh... mmg semua mantap!

hamzah tak byk berjalan, sebab leh lepak rumah ngan bibik. bukan takmo bawak, tapi kesian dia kepenatan. sampai mengamuk2. tapi si hazeem n harith kena la bawak... bukan sekadar diorg mengamuk penat, kitorg pun sama sbb melayan diorg bergurau cum bergaduh dalam kereta.

 sebelum balik kampung, hamzah posing dulu. abah hamzah dah 7-8 kali kuar masuk toilet sbb cirit birit. tapi puasa tetap puasa. 

 mengantuk lagi ni....

 dah selesai mandi, lengkap berbaju raya. tema kami tahun ni jubah. motif utama, jangan membazir, pakai je jubah tokma beli kat mekah hari tu hahahah!!!
mama n abah kaler brown, anak2 tona biru. biru gelap, biru cerah, biru air laut (eh, tu mambang...!)

kopiah siap. tapi harith cuma berkopiah 5minit je. lepas tu, babaiii

 opps, 4minit je la mama...

 hamzah umpama rancangan Lebaran @ Xi'an (sapa tengok? ehehhe...)

 peace, bebeh! harith pun nak try skill amik gambar. apa lagi, pose la!

 ini khadijah, anak buah. 

 itu abang and kakak khadijah, abdullah azam dan husna --- diorg pun tema brown.

 saja letak gambar ni sebab hamzah sangat cute dan aku nampak kurus (muahahhahah!!!!)

 cepat, amik gambar family...nanti leh frame! duduk budak2... duduuuukkkk!!!

 cameraman lambat nau, harith dan bangun ---
hazeem still ada peace

 GONE. harith membelasah hazeem, hamzah dah melalak. abah dah kena bangun. mama je still tersengih posing huhhu sengih frust tu...

 best friend ni...susah nak cakap dia nya tahap BFF huihhhh...

 ini leh buat gambar family ke? hazeem lak takde....

 family di rantau, n9

 family hubby.

 harith mood berposing.

still mood berposing....
 dah balik melaka, belasah main bunga api. banyak nau, so, skali bakar 3-5batang. jenuh gak nak abis.

 aku rasa, bapak dia yg over (ehem....)

openhouse rumah along @ suria jelatek KL

kutipan raya untuk 3 anak agak memberangsangkan. tapi sekejap je dapat ku pegang duit tu sbb hazeem tuntut nak beli lego special edition. hmmm... easy come easy go huhuhu....

aku rasa ramadhan tahun ni aku tak puas. byk lagi benda aku tak sempat nak buat. hajat mmg nak buat macam2, terawikh, tahajjud, nak kejar lailatulqadar... tapi belum termakbul dengan sempurna. aku harap next year dapat aku berjumpa ramadhan sekali lagi bersama suami dan anak2 dan hopefully tahun depan Allah bagi lagi peluang untuk kami dapat pahala lebih lagi, insyaallah....


Tuesday, August 16, 2011

lebih sejuta follower kat internet

tu baru kat internet... belum peminat yang tak pandai internet...

ni dulu bapak aku n pakcik2 ku slalu suh dgr, tp aku tak dpt kesempatan dgr cd, slalu layan clip youtube je. apa kelebihan ustaz azhar idrus ialah kebolehan dia men-tackle org2 muda dgr ceramah.

dia mmg lawak.
and dia minat photography, gambar dia amik pun cun.

lawak camne? layan clip ni....



Monday, August 15, 2011

semalam adalah tanggal 15

semalam birthday gue... yang ke 34. huh, dah tigo puloh ompek tahun den hidup. alhamdulillah..... Allah masih lagi memberi nafas pagi ni.

sampai je midnight 15hb tu, aku dapat sms dari ms buya. happy birthday katanya --- huhuhhu.... tq, buya!

bangun je pagi, mandi and terus bukak FB. dengan harapan all my close frens ada la wish --- tu dia, dengan pertolongan notification fesbuk, ucapan birthday memlimpah ruah. terharu aku... walaupun hanya ucapan, aku rasa murah sungguh rezeki aku masa tu, dengan ucapan birthday dan doa. i was very grateful!

tetapi.... mano la laki den ni? tak mau wish ke? dah pukul 11 ni.... baik aku suruh hazeem talipon kasik reminder ahahah!!!
hah, botul la dio lupo....

apo la... abang busy ek? hamba paham, tuan.... :D

malam tu dapat kek (err...sebenarnya aku kirim adik belikan ahahah... duit pun lom bayar) pastu hubby and the kids kasik kad. terharu skali lagi, tatkala hazeem tersengih2 menyerahkan kad pastu diciumnya pipi aku. masa tu rasa sayu dihati... huhuhu... harith? aku suh kiss mama, dia hulur dahi dia suruh kiss dia lak. jadi la harith uiiii

so, hari ni aku nak post lagu birthday.

tapi lagu apa? nak letak Allah Selamatkan Kamu version Labu Labi, tapi aku bukan Hj Bakhil (ahahah!!!)

version 3 Abdul lak, dia kena heart attack. huishhh!!! tidak....

so, aku dapat lagu romantik ni --- cas2 la skit...

Wednesday, August 10, 2011

oh abang....

bukak facebook pagi ni, tertengok lak link sorang member ni.... menitis airmata ku (ada la tu bibit menyesal kat memana...huhuuhu...)

so, la ni meh aku share kat sini, and hopefully kita semua dapat iktibar and jadi lebih baik lepas ni :-)

and to my beloved abang.... kalu tersilap tang memana... ampun kan saya.... kadang2 bila diri terasa penat, nak pikir pun susah.  anyway, still love u bebeh..... :D (sempat lagi mode membodek tu)

Thursday, July 28, 2011

something special for your daughter


cotton material --- sesuai utk active and playful girls
siap ada bunga --- something different for hari raya :-)

RM30 only  (excluding poslaju charges)
free size (stretchable cotton)



harimau tersalah benam taring

ghimau salah benam taring la... patut attack singa --- tapi terbenam taring kat padang rumput lakkkk....

frust? memang aku frust... game kat singapore lagi semangat daaa... semalam anak2 aku lagi banyak 'action' daripada players kita. tau2 dah abis daaa....

frust??? memaaaaang....

takpe, kita layan tikar terbang --- yeaaarghhhh!!!!

Monday, July 25, 2011

another chapter begins....

last 2 weeks aku memaksa diri mengira budget utk amik maid. sbb aku tak tahan... tak tahan terkurung dalam rumah (ahahah!!!)

serentak jugak aku call member cakap aku nak maid. mintak tolong dia cari kan, aku pun tak tau nape aku suruh member aku tu tolong cari kan... dia bukan agent pun --- mebi sebab dia tu perangai cam aku sikit, lepas tu dia baru je amik maid. so kira ok la kot...

last week, aku dapat call dari member aku tu, ada sorang maid available, dekat2 dengan criteria yang aku nak. wah, copek botul....

aku pun congak2 duit, alamak aiii cukup ke tak ni nak byr gaji ni... belasah la weh.
aku setuju je.

hari rabu dia mai.

umur nya dah 40an... aiseh, boleh ke jaga anak2 aku ni?

tgk macam ok je, tak byk cakap. aku suka tak banyak cakap ni. pastu dah tua, so isu jeles tak timbul (muahahahahha!!!)

bibik ni pandai masak, makanan kelantan ---- rezeki aku kah?
pastu dah dekat seminggu ni, aku tengok dia lembut je ngan baby amir hamzah, alhamdulillah. yang penting anak aku in safe hands bila aku keluar. kalau tak risau aku seh...

so far, dia ok. slow skit, mebi sebab dah 40an tu... tapi janji dengan budak2 ni dia ok. budak2 ni ok ngan dia, of cos except for amir harith tu. itu normal. aku buleh handle.

so, start la lagi satu chapter dalam hidup aku...

Monday, July 18, 2011

keeping sane

masa anak sorang dulu aku rasa macam superwoman. walaupun dah ada anak, aku still bekerja siang dan malam. still boleh keluar bersukan. still boleh gi jamming. still boleh gi shopping. still berkaraoke. still menonton wayang. so --- sapa kata bila dah ada anak semua harus stop?! 

yes, berlagak terlalu awal.

oh, lupa nak cakap, masa tu aku ada maid. maid yang amat cekap bekerja dan teramat baik pada anak aku.

lepas tu aku tambah koleksi, anak lelaki ku menjadi 2.

maid marbeles ku bergaduh ngan suami dia (nape la indon slalu cenggini?) pastu kena tipu ngan jantan indon lain. hilang entah ke mana. suami dia lak dtg rumah menangis2 carik bini dia... aduhai...
aku pun amik la maid baru.

macam harammm.... lembab toksah cakap. baby tido, dia pun join.
then di suatu subuh yang indah, sesudah satu malaysia abis bersahur, maid aku ni buat acara ghaib di dalam keheningan subuh. nasib baik hari sabtu. semua ada kat rumah. burnnnnnn duit aku!

lepas daripada tu, satu persatu musibah menimpa aku dan keluarga. 

aku malas nak amik maid.
duit pun takde.
masa tu memang dugaan Allah sangat mencabar. aku admit, masa tu aku takleh terima hakikat... sama gak ngan suami aku. ye lah, dah biasa hidup senang. tidak la mewah macam (sebentuk cincin permata berlian) tapi kami still mampu nak beli susu Enfalac utk anak. cant imagine? meh aku cakap, aku continue menyusu anak kedua sampai 2 tahun sebab kami tak mampu nak beli susu. susu ibu free kan? itu la tahap kesusahan kami.

yang paling perit, nak cerita kat sapa pun tak tahu. lagipun sapa nak percaya? paling kuat kena gelak ehehhe....
so, hanya pada Allah tempat kami mengadu.
lama jugak susah...baru la aku n hubby leh terima hakikat, segala kesusahan ni ada sebab nya. ini dinamakan qada' dan qadar. sesungguhnya Allah tu Maha Adil. disebabkan susah tu, kami jadi lagi rapat denganNya. Banyak amalan2 surah yang kitorg amalkan... esp Surah Al Waqiah yang pernah dipesan arwah atuk aku, tapi sebab dulu takde masalah, jadi nasihat tu sekadar nasihat je.

disebabkan susah jugak la kitorg jadi humble. 
kitorg jadi lebih memahami kesusahan.
lebih menghargai setiap kesenangan walaupun sedikit.

dan aku, boleh dikatakan terharu, bila anak sulung aku pun membesar dalam keadaan memahami. walaupun naluri budak nya sentiasa mahupun itu dan ini, tapi faham bila kami katakan 'masih belum mampu'.... dan hazeem juga tidak pandai membeza kan kawan yang kaya ataupun miskin. tidak membezakan kawan tu naik kereta mahal ataupun kawan ni naik kereta buruk.  alhamdulillah....

aku akui, dalam susah tu, kalau tak redha, memang susah nak maintain waras.
suami isteri pun boleh bercerai berai kalau tak memahami. aku bersyukur dari segi tu, kitorg still boleh give and take. still boleh terima susah sama2...and tak pernah terlintas utk menyalahkan sapa2. 
sekarang... aku bertambah bersyukur sebab aku nampak kesabaran kami selama ini, ada hasilnya.

memang rezki tu datang daripada Allah, kita hanya perlu berdoa dan berusaha. ikhlas tu penting. 

walaupun aku still belum mampu membeli sebentuk cincin permata berlian (ahaks!) --- tapi aku sudah mampu membeli sebentuk cincin suasa ! AHAHHAHA!!! takde la...
tapi, kehidupan kami tidak lah sesusah dulu. 

dapat lak anak ketiga, comel dan sihat. dan rezeki Amir Hamzah pulak melimpah2.... 

hopefully, kitorg akan dimurahkan rezeki lagi supaya kami dapat hidup lebih selesa dan yang penting dapat lebih berbelanja ke jalan Allah.... amiiiiiiiiiin

OK... selamat berpuasa ganti - ahaks!


Wednesday, June 1, 2011

amir hamzah bin hairuzzamil


 born 4 may 2011
weighed 3.89kg --- of cos dia kena kuar kot tingkap


 amir harith
abang yg agak tak tentu arah
tapi sayang kat baby cuma time dia nak tido ngan mama, baby has to go to his cot!


amir hazeem
abang yang sulung.
orang yang dibuli amir harith
tapi still sayang adik2 dia, esp amir hamzah sbb amir hamzah belum pandai melawan (ehehhe...hopefully amir hamzah ni tenang orangnya amin)

Tuesday, May 31, 2011

rejeki baby

orang slalu cakap... rezeki anak2.
bukan orang je cakap, kita sendiri pun selalu sebut benda ni. tapi, does it actually register in our mind that setiap anak tu memang ada rezeki sendiri?

contohnya macam aku, kadang2 ada hari aku lembap (ahaks!) dan ada hari aku terlebih turbo.
so, aku duk mengenangkan (review) kehidupan aku selama dah dapat baby amir hamzah ni.

setelah ditelek, ditenung dan ditidurkan (ni pikir lama nau sampai tertidur ---alasannn), aku admit memang setiap baby ada rezeki diorg. bukan happen to aku je, even sedara mara and rakan taulan. lapuk? memang la semua org tau benda ni, tapi kita bersyukur tak? ahaaaa.... ehehhe

amir hazeem dulu aku lupa apa rezeki dia kasik to our family --- lama nau and too many depression happened during his time.

amir harith pulak kasik bapak dia keje kat petronas.

amir hamzah?
kami dapat loteri?? ahhahahahah!!!! harammmmm
kami ada la dapat sumbangan skit which did help us to make a new turn in our life. and lepas ni, we will move into a new house, actually mak aku pindah rumah gomen yg 2tingkat, so she asked me to moved in with them. benda free of cos aku agree and it is an opportunity untuk kitorg save money yg extra tu for our new home (mana la tau bebila nak beli rumah kan).

and my bisnes pun walaupun nampak slow, tapi aku hasil gak. and i got new ideas which i am working on. modal tak banyak kumpul lagi, but insyaallah kalau idea dah cun, ada rezki budak ni, ada la tu duit datang bergolek.

and masa pantang pun aku takde nak kata happy giler but my depression is manageable. in fact, it is better than last 2 times, masa hazeem paling haru! perrrghhhh....

this time, aku rasa better, walaupun tak berduit tapi aku rasa lagi contented. mebi berkat doa dan ayat2 quran yang aku duk amal masa pregnant. alhamdulillah... even masa before beranak, aku duk risau (apatah lagi mak mertua aku kan...) --- harith susah nak stop breastfeed, harith asyik nak berkepit ngan aku... dgn org lain langsung takmau, even bapak dia sendiri. macamna aku nak masuk spital? macamana baby nak menyusu lak nanti?

tapi alhamdulillah, dah kena jadam 2-3 round, terus stop breastfeed, a month before aku beranak.

bab masuk spital, dia elok je duk ngan mak mertua aku kat rumah. takde tantrum. takde hal. makan minum semua ok. tidur pun takde hal sgt. cuma lepas tu dia demam lak ehhehe.... rindu kot...

and skrg harith takde buat dajal kat adik dia. he even put toys dalam baby cot. dia ingat hamzah dah leh main kot ahahahah....!!!

so, syukur aku pada Allah sebab so far, to me, anak2 aku takde masalah2 sosial ni (ahahhah!!!) --- hazeem lagi la boleh diharap. mcm2 tugas aku kasik dia. sian dia... but he is happy to carry out his duty.

aku still berdoa, semoga allah memurahkan lagi rezeki kami dgn wang ringgit dan keberkatan hidup dunia dan akhirat. (nape kena sebut wang ringgit? kot2 salah doa, kang rezeki anak lagi sorg kang kang kangggg.... haru je... rapat nau!)


amiiiiiiiiiiiiiinnnn...

Monday, May 30, 2011

whitesnakes....

no, i dont know where i'm going
but i sure know where i've been
hanging on the promises in songs of yesterday
and i've made up my mind
i aint wasting any more time

here i go again....


Thursday, May 26, 2011

berpantang a la independent mode

malas gila nak update blog tatkala aku berpantang kali ni. tapi itu tak membuatkan aku malas mengskodeng blog org lain ehehhe... pastu rajin lak menyibuk kat FB sampai sakit kepala dibuatnya sbb strain kat mata (huhuhuu....)

ramai gak yg mintak aku upload gambar amir hamzah. gambar nya dah diambik berkali2 cuma nak sambung wayar dari camera ke laptop pastu nak ekjas saiz gambar pastu nak upload dlm ni... perghh... satu lagi wabak kemalasan.

sory ya... nanti saya upload esok :-)

berpantang kali ini mengambil tempat di rumah ibu mertua ku.

why not my mom's place --- u may ask

bukan tak sudi tapi tak berkemampuan.

sebab yang pertama: amir hazeem dah bersekolah. van yg hantar ke sekolah tu lalu betul2 depan rumah ibu mertua ku. route dia tak sampai ke kawasan jalan u-thant nuh... so, rumah mak aku dah out of boundary.

sebab yang kedua: laki aku yang bekerja, sangat suka keadaan seperti hari2 biasa. kalau aku duk rumah mak aku, kena bwk baju2 kerja dia lagi. seluar la. setokin la. hanky la. pendek kata... kita maintain je la kat sini.

sebab yang ketiga: dulu aku ada maid. skrg, protes punya pasal, aku takmo amik maid. duit pun takdak. so, bila maidless, takde org nak uruskan makan minum anak2 dan laki aku. apatah lagi aku. so, bila menumpang di rumah ibu mertua ku, makan semua insyaallah terjamin. nasi ngan telur pun orait. apa2 pun hidangannya, aku bersyukur.

sebab yang keempat: amir harith pun takde org nak tengokkan. kalau kat rumah mak aku, dia sure nak berla,ri main kat padang yang luas macam padang golf tu. pastu ada skali tu, maid mak aku biarkan aje anak aku main kat luar tak berselipar. adeiii... kot tak jumpa selipar, bgtau la aku. aku leh amikkan. ini dibiarkan je, rumah tu dah la ala2 hutan rekreasi.... so, kalau kat rumah ibu mertua ku, aku leh control skit si harith kat dalam rumah. sian, dia pun berpantang.... tunggu la mak dia dah abis pantang nanti huhhu...


sebab yang kelima: sapa nak tengokkan aku? mak aku stil kerja. pastu slalu lak outstation. maid? aku dah takde maid. so, stay la aku di rumah ibu mertua ku.

walaupun aku duk sini, tapi hakikatnya aku umpama independent la.
aku duk tingkat bawah. tapi aku akan naik atas untuk mandi sbb aku lagi suka mandi di atas, bila keluar bilik air, takde la terasa cam aku menjadi bahan ujikaji KALAU ada org lain kat ruang tamu.kalau mandi kat atas, aku leh la kuar jamban ala2 selamba... pastu bersiap sebebas2nya dalam bilik sendiri. tapi atas nasihat doktor fisio prince court, setiap langkah naik tangga, aku kena kemutkan pelvic floor aku utk mengelakkan loose spare part (ahahaha!!! --- serious ni...)

bayangkan setiap step tangga.... breathe in breathe out.... so, nak sampai atas tu makan tahun gak la.

pastu, bila dah kuat sikit ni aku mandikan anak2 aku sendiri. hazeem dah quite independent. harith? pergh... mcm perang air. hamzah? of cos tugas aku la tu. nape ibu mertua ku tak buat? memula hari tu dia tolong. tapi lepas tu aku take over. takkan nak dibiarkan, dia pun sakit2 sana sini.itu pun dia dah masakkan utk aku.

so, apa yang aku pantang?

makan aku jaga. i mean, takde makan benda2 sejuk or berangin.
pastu, dah lepas 3weeks, aku start on jamu, aku amik Phytonatal Nona Roguy. not bad la. berak of cos tersangat la lawas. ikut timing lak tu ehehhe.... pastu badan pun starting to feel better... walaupun tak kuat betul2 (of cos.....)


tap yang tak bestnya, berpantang kali ni, aku tak merasa makanan best2 or mahal2 yang mak aku slalu beli. sini semua homecooked. makanan jajan aku beli sendiri. so, ikut je la budget aku. kalau kat rumah mak aku, segalanya mewah. kat sini aku makan biskut cap pingpong (sedap ok....) kalau kat rumah mak aku sure dah belasah biskut2 yang sebutan nya semua sebutan omputeh. takde la pingpong ke pongping ke...

sure la apa makanan kat sana ikut selera aku. sini, kalau selera aku nasik ngan kicap je la. gulai kuning skali skala je aku lalu. itu selera laki aku....

huhuhuu....

itu la cerita berpantang aku. wpun aku independent, tapi kain baju still maid ibu mertua ku yg buatkan. takpe la... dulu maid aku pun aku tinggalkan aje kat rumah ibu mertua ku. semua kerja dia buatkan. maid aku yg tu sgt tip top. dah lepas 4 tahun lari jugak... kena tipu ngan jantan indon. adeiii la....

nanti aku update gambar amir hamzah ya....

Monday, May 9, 2011

suddenly....

tiba2 teringat lagu ni..... terasa syahdu, tatkala berpantang, takleh kuar rumah, serba serbi takleh buat. serba serbi takleh makan --- macam nikmat byk ditarik huhuhhu....

actually, emo sebab berpantang je tuh. tp lagu ni memang marbeles... gives me goosebumps, syahdu terasa (layaaaaannnn....)

Speak softly, love and hold me warm against your heart
I feel your words, the tender trembling moments start
We’re in a world, our very own
Sharing a love that only few have ever known

Wine-colored days warmed by the sun
Deep velvet nights when we are one

Speak softly, love so no one hears us but the sky
The vows of love we make will live until we die
My life is yours and all becau-au-se
You came into my world with love so softly love

(instrumental interlude>

Wine-colored days warmed by the sun
Deep velvet nights when we are one

Speak softly, love so no one hears us but the sky
The vows of love we make will live until we die
My life is yours and all becau-au-se
You came into my world with love so softly love
  







Friday, May 6, 2011

a new Amir in the family

Alhamdulillah, after a week 'overdue' from the supposedly due date, i safely gave birth to our new son at Prince Court Medical Centre.

Had to gave birth to him via c-sect becoooosss... me already in labour and already had a 2cm opening but the baby was still not properly engage. our gynea was concerned that the baby might be bigger than what we expected, and she was not going to let me suffer thru all the painful contractions (which i was painfully having at that moment --- and as i experienced during the prev labour), she immediately suggested for emergency c-sect. and i agreed!

but as the pushed me towards the Operation Theater, aku dah mula cuak. cos at that moment, i remember how painful it was AFTER the operation.

too late --- damn!

doktor cakap, she would give me spinal punya bius. apa tu? ahhaaa.... itu bius kasik cucuk kat tulang belakang and later aku akan rasa numbness from pinggang to kaki. epidural lain skit. takde rasa numb langsung cos u wont feel nothing at all. pastu epidural lak nanti ada jarum yg stay kat belakang tu. hak ni, takde....

so, masa operate tu i was aware but due to my 'cacat' penglihatan a.k.a. rabun, i couldnt see much of what was happening around me. tapi aku tau mr hubby datang duk sebelah and pegang tangan aku, almost throughout the whole process.

masa baby keluar, everybody in the room was like, 'waaahhh, besarnya baby!!!' 'cepat timbang'

hahahhaha!!!

then our gynea said, patut la susah nak keluar, baby is big, and unfortunately too big for my pelvic. that explained why aku dah dalam labour pain tapi baby still takleh engage kepala. aduyaiii.... nasib baik makcik takmo jadi hero and try for normal...

dah la tu, tali pusat pun terbelit gak, macam si harith. huhuhuhu....

alhamdulillah, sesudah timbang, berat nya memang la berat seberat 3.89kg. fuhhh!!!

syukur semua dah selamat. doktor pun cakap badan aku pun cukup kuat cos i didnt need to take the stronger pain killer (she didnt know that i dont know ada painkiller lagi kuat, kalau tak aku dah mintak daaa....)
hahaha...but the fact that aku buleh survive the first day and night without much complaint, she concluded aku as a strong mom! huhuhu....

ni lah dia, buah hati kami yang termuda ---- our new Amir









nama sapa?

still duk argue ngan abah nya. so tunggu....

skrg, me still in hospital and missing these two rascals so much!

Wednesday, April 27, 2011

apa nak aku ajar ni?

semalam hubby gi amik hazeem balik sekolah. dia sampai agak awal... (selalunya asyik lewat je). so kira kalau sampai ngam2 waktu tu, leh kira awal le tu.

sesudah tiba, dia nak masuk gate, tiba2 terserempak ngan hazeem nak kuar gate.

hubby: hazeem nak gi mana ni?
hazeem: errr... aaa... (sambil meng-ekjas beg sekolah)
hubby: hazeem nak gi mana ni?
hazeem: kawan suruh beli eskrim.
hubby: kawan kirim ke? dah pulang balik duit dia, cakap hazeem nak balik.
hazeem: takde duit, dia pakai duit hazeem.... (slow je jawab nya, antara dgr ngan tidak)
hubby: AIKKK??? dia hantar hazeem suruh beli eskrim, pastu dia suruh hazeem pakai duit hazeem???
hazeem: (terkebil2 aje la....)
hubby: DAH, BALIK!
hazeem: abis kawan hazeem tunggu tu?
hubby: biar dia tunggu. biar padan muka dia. ada ke..... (tak mampu aku nak re-write apa laki aku membebel kat budak tu)


apa la aku nak ajar hazeem ni?
hati dia lembut sgt kdg2 tu.
kalau dia ada kat rumah, aku cukup senang. boleh je mintak tolong apa2 --- off / on suis ke, amikkan barang ke, esp time aku tak larat camni.
pastu dia pulak jarang nak bergaduh ngan harith. cuma skali skala je time dia penat or kesabaran dia tgh menipis. ehehhe... budak pun pandai hilang sabar.

so, aku rasa part lembut dia ni, part cepat kesian ni, orang slalu take advantage ngan dia.tapi kdg2 dia bising gak....

huii...bukan senang nak membesarkan seorg anak. ni anak lelaki, aku kena train responsibility, leadership, etc, etc.... orang ada gak duk cakap, kalau anak pompuan lagi susah nak didik, sbb diorg lagi senang ter-expose kepada fitnah bila besar nanti.

hmm.... aku cuma leh doa hazeem ni Allah lindungi dia, as long as dia dididik cukup agama and lepas tu pandai bawak diri.


harith???
tu lagi satu aku pening,
lagi nak dekat beranak lagi marbeles perangai dia. cakap belum cekap. ada la skit2 butir nya, tapi belum clear sgt, tapi suka kasik arahan. lepas tu kalau orang tak paham, perghhh.... mulut dia bukak melalak macam siren polis daaa....

kadang2 kalau dia melalak kat kedai ke, rasa cam org tgk, apa kes la couple ni bwk lari budak ke hahahah

tapi dia cukup sayang kat abang dia... whom he call, Abam Ajimmm...

kdg2 nangis jatuh ke, dia akan berlari kat abam dia, suruh abam dia peluk ke, tiup ke, dukung ke... nasib baik abam melayan ehehhe. aku admit, harith ni garang tapi manja.

semalam dia wat peel baru. dia suruh aku pegang bantal, lepas tu dia kepalkan penumbuk both hands, dan dia buat bantal tu jadi punching bag. siap meloncat2 lagi tu.... mana dia belajar?
ni haaa...



aku suka layan Rocky 1-4, dia pun bila time lagu ni kuar, ternganga depan tv tu. kagum nau tgk rocky balboa tu training. siap nak tiru bab2 training, push up sebelah tangan la...tapi lom nampak hasil la :D

ni, anak no, 3, aku mintak2 selamat segalanya.... amiiinnn

Tuesday, April 26, 2011

Mr White

menikmati Mr Barry White --- hahahah!!! marbeles!



the first
the last
my everything.....

Thursday, April 21, 2011

tak lama lagi ke ni...?

woke up at 3am last night, only to find i wet myself....!!! hahahah!!!

sebelum korg puas gelakkan aku, NOPE ---aku bukan terkencing. actually, aku pun tak tau apa kes semalam? my water broke ke? ke aku berpeluh yg melampau2?? cepat2 aku raba tilam... tak basah, bantal? selimut? takde lak yg submarine... so, apa kes sebenar?

cepat2 aku kejut mr hubby.

dia yang sememangnya most of the time in blur mode, apatah lagi bila baru kejut tido --- dia tanya aku, apa nak buat? ntah.
before this, hazeem and harith mana aku ada experience water broke meroke ni... semua bantai induce. kalau broke pun sebab di-broke kan. huhuhuuh....


yang satu aku perasan, aku takleh nak tidur, so, dalam jam doblas lebih, anak aku melampau2 aktif kat dalam perut. berombak2 perut den. ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah. senak, beb! penat aku pujuk baby, nape bergelora je? dalam 30 min baru dia slow down...

cecair yg keluar tu tidak berwarna mahupun berbau. dan disebabkan badan terlalu penat, i only realised aku tido dalam kebasahan bila dah separa kering.... huhuhu... so aku x sure time sebenar kejadian.

hari ni, aku monitor baby, kurang lak gerak. and no more basah2 cam last night.... hmmm...

hopefully belum nak keluar lagi... sebab byk lagi benda aku nak buat ni. huhuhu... kejap ya, baby....
kasik mama makan dimsum dulu, kalau x dpt dimsum, steamboat johnny's pun belasahhhh!

Tuesday, April 12, 2011

bermain layang2 yang tak berapa nak melayang

hari tu saja nak bawak hazeem and harith for a healthy outing yang murah and cost as as nothing as possible except for sweats and some small (very small) change for drinks and maybe ice creams.

zoo? waduh...dengan aku yang sarat, tak mampu rasanya nak menapak kat dalam zoo negara tu. kalau naik train tu je ok la. but i doubt the kids would savvy the idea.

air terjun? hilang akai kaaa???

kolam KLCC? ramai orang la weh.... pastu sure macam tergoda2 nak masuk dalam klcc lak huhuhu...

so, mana lagi? kami xpenah lak cuba main layang2 kat tasik selayang tu.

aku: leh gak try. ada layang2 ke?

hubby:  ada.... dah dekat setahun dah abang beli.

aku: mana nya?

hubby: ada abang sorok.... (sambil tersengih2)

aku pun carik la layang2 peram tu. dah dapat, kami pun bersiap nak pegi. konon nak gerak pagi. aku kena lak siapkan blog dulu before kuar. by almost 10am kami bergerak. singgah jap breakfast di Leha Kelfood.

lepas tu, cargas ke tasik selayang...

meh tgk gambo...

 layang2 fresh from plastik. dah bukak tu kena lak pikir camne nak pasang ni....

 takpe, abah pikir....kami tunggu.

 takpe...kami tunggu lagi....

 apa ni, abah? bila nak siap ni??

 warm-up dulu la....

 posing jap...

 ok, cubaan pertama ---- mama pun menyibuk gak ehehhe...!
layang2 tu naik tapi benang yang ada tu sangat2 kurang zat nya. org lain nye tali gemoks. so, kitorg nya lebih byk berbelit daripada terbang melayang. aku pun try la kot mana tau skill orang kelantan yang bermain wau ---- WOW! memang aku ada skill, skill org mengandung tak sedar diri berlari keliling padang hahahaha!!!

but i had a blast! i bet everybody did! lain kali leh cuba lagi. gi pagi better sebab petang... parking melampau2 penuh.

abis sudah.... harith dah melenggeng, minum air sambil memandi kan diri sendiri.
lepas tu baru rasa panas...huhuhu!!

Sunday, April 10, 2011

look what i found....

aku lupa where i got it from. but i found this website and love the simple design of children's clothes that she makes. simple but memang cun. after all, kids are suppose to be simple :-)

klik sini ya :D

Tuesday, April 5, 2011

kisah isteri

sekarang ni macam2 kisah isteri aku dengar. dulu kurang lak, ke mungkin sebab dulu most stories simpan masing2 or sebab takde medium utk berkongsi cerita bersama org2 luar? mungkin....

kalau dulu, in a marriage, byk yg buat perangai were men. biasa la, bila dah diberi 'kuasa' tu selalu nya ramai yg alpa, ramai yang suka take advantage.

tapi nowadays, aku dengar banyak lak cerita si isteri yang buat perangai.

kenapa?
aku pun tak pasti. mungkin sebab isteri rasa dia lagi byk harta or lagi berduit dari suami?
mungkin dia rasa dia lagi ber-education tinggi from suami?
ke sebab dia rasa pangkat kat ofis lagi hebat dari suami?
or maybe sebab dia rasa takde benda kat laki dia yang dia boleh respect?

tak aku nafikan, kadang2 suami lak duk kasi muka kat isteri. sometimes sayang kan wife sampai terlupa dia sebenarnya bukan menatang minyak yang penuh tapi minyak tu dah tercurah2 tumpah kat atas kepala sendiri. mungkin....

and aku tak nafikan, byk jugak wife yang berusaha keras utk taat pada suami. cuma kadang2 dlm dunia sekarang ni macam2 bentuk stress ada ---so, kesabaran untuk taat tu slalu nya tinggal cikiiiiit je ehehhe

maka jadi la episod2 meroyan (macam selalu terjadi kat aku --- yang tetiba melalak sorg2 la.... syahdu yg bukan2)

and aku notice, byk gak suami yang skrg ni penyabar. cuba memahami isteri ni stress. so, ada yang tolong kemas rumah, basuh kain, basuh pinggan mangkuk, jaga anak. walaupun tak sempurna (dan lepas tu ramai gak wife yang akan buat balik apa laki dia dah buat ehehhe) tapi atleast usaha nak membantu tu ada. macam laki aku, bercita2 nak tolong jaga anak and kasik can aku qada tido aku, end up aku takleh tido gak sebab bila aku jenguk bebudak ni, yang tido nya laki aku and budak2 bebas memporak perandakan rumah HAAHHAH!!!

tapi dia cuba. and aku sangat2 appreciate habit laki aku part tu.

tapi jangan aku mengada2 --- silap haribulan tangan pun boleh naik. tapi belum pernah aku kena la. nasiiib... mebi sebab aku dah lama tak mengada2 kot... hehehhe

eh, itu cerita aku as a wife. aku nak cerita pasal orang2 lain hahahah


ada aku pernah terbaca, ustaz ni cakap la, ada isteri ni komplen kat husband dia, 'bang, kalau dikira usaha saya ni, jaga anak, jaga rumah pastu nak layan abang lagi, abang kasik saya RM2k sebulan pun tak cukup' (aku lupa la exact words ustaz tu)

then ustaz tu komen la, bukan dia taknak backing wife tu, dan bukan niat dia nak side kepada suami yang kurang tahap appresiasi pada wife dia. tapi bila seseorang isteri ni dah letak harga camtu, maknanya...

1. dia ni dah jadi tahap maid --- sebab maid je yg dibayar bila jaga anak, kemas rumah.
2. dah jatuh pulak ke taraf pelacur --- sebab pelacur je yang mintak bayaran lepas memuaskan nafsu lelaki.

so, mana kita letak status kita? yg sebenarnya ustaz tu cakap, apa2 kita buat utk family, biar la ikhlas. kerana sayangkan family, priority kat suami dan anak2. suami pun biar la ingat jasa2 wife tu, jgn buat cam org gaji, belasah cukup2 dia sorg je buat keje2 rumah. dah penat kemas rumah, nak belasah lak belah malam (apa kes???) pastu komen lak tak kemas la, busuk la, tak cantik la ---- wtf***

tapi, kita as perempuan, byk2 bersabar.apa2 pun balik kepada ajaran agama.

ada duit byk? ada pangkat besar? ada education?
those mean nothing kalau allah tarik balik segala nikmat tu suatu hari nanti. balasan allah tu tetap ada. so berbuat baik sentiasa, insyaallah ada balasannya.

bukan aku sekadar bercakap, tapi aku pun dah selalu tgk, kalau isteri byk bersabar and berkorban, org tu aku tgk murah rezeki. ntah kenapa. tapi itu yg aku nampak.

ini contoh isteri tak sedar diri, menggunakan suami utk jadi cameraman sebab dia nak bergambar ssgt ngan imam muda aran ni eheheh....


nape aku bercerita pasal benda ni hari ni?
sebab aku terbaca satu komen pasal jimmy shanley... nak tau kenapa? baco la sendiri aih... mak nak mandikan anak nak gi sekolah :)


Masih lagi rasa terbit sayang dihati lelakinya, Jimmy seboleh mungkin mahu isterinya itu kembali mengikut ajaran agama.

"Saya tak kejam, saya boleh tutup mata dan boleh maafkan dia.Cuma dia perlu ingat walau sekaya, secantik atau sebijak mana pun seseorang isteri itu, suami tetap adalah keutamaan. Itu perintah Allah bukan saya. Kalau suami perompak sekali pun, selagi dia tidak suruh melakukan dosa-dosa besar, suami harus dituruti," katanya yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, semalam.

lebih2 cerita baca kat sini....

gelagat nak dapat adik ke.....

amir harith.
my second son. only 2 years and 3months.
tapi 'kebolehan' dia menguji kesabaran aku cukup terer.

he is still breastfeeding tapi bukan wat kenyang pun, cukup sekadar dapat merimaskan aku sebab panas dia duk atas riba and lepas tu tangan dia duk menggentel tahi lalat aku kat pinggang. sebelum breastfeed dia akan pastikan perut dia dah kenyang minum susu botol. kalau dah bosan, tangan dia maintain kat pinggang aku tapi mata dia tgk tv. so kalau aku dah sakit pinggang and nak bangun or baring on the other side --- jangan harap la! kalau nak jugak, tangan still kena maintain kat situ. perghhh.... cukup2 menguji kesabaran aku.




orang kata budak umur 2tahun mmg digelar the terrible two! and reallyyyyy reallyyyyy hope that doesnt apply to harith but now i am beginning to accept the fact that i am living a denial.

could it be sebab aku nak dekat tarikh due nak beranak? so he could sense another boy is coming in his life? sekarang dia cuma perlu menyakat si abang je. lepas ni kena sakat sorang lagi ke???

hahhahah!!!
kesian hazeem. beli mainan pun takleh main openly. kena main sorok2. kadang2 masa tido pun kena sakat. harith datang slow slow pastu ditepuk la dikejutkan abang dia la.... pastu muka harith akan tergelak kepuasan selepas abang dia mengamuk.hahahah!!!

hari tu, dia amik pistol mainan dan hala kat perut aku. pastu beriya2 buat bunyi tembakan. lepas tu ketawa mengekek2. aduhai.... anakku.... :-) ponin mak aih...

sekarang habit dia tak mau kasi can aku tido petang. dia dah puas tido, bila sampai turn aku tido, dia mcm boleh sense terus dia bangun. pastu ajak aku main. penat je aku taktik pasang katun la, lambakkan mainan la... atas badan aku jugak dia nak pijak, nak panjat, even baring untuk tengok katun.

fuh.... cerita pasal harith je pun aku dah rasa penat.
nyamuk pun banyak. mana la datang nyamuk bedebah ni???
aku ke depan ko ada. aku duk belakang ni pun ko ada. hebat....

ok la, kengkawan. jangan lupa doa kan aku selamat bersalin.... insyaallah...

Monday, April 4, 2011

surah waqiah

arwah atuk aku selalu pesan suh baca surah ni, aku cuba la bacabut aku tak penah amik tau makna nya.

lepas aku carik kat youtube, clip ni ada makna skali. which i think is good untuk menyedarkan kita semua bahawasanya kita semua hanya lah hamba Allah, pembalasan atas apa2 sahaja yang kita buat kat dunia ni akan tiba juga nanti. baik atau buruk semua terpulang kepada kita. so, mari lah kita sama2 bertaubat kalau ada yang kita terbuat, sedar atau pun tak.

Sunday, April 3, 2011

kami ke subang parade

bagi aku yg duduk kat keramat ni, subang parade tu cukup jauh.
abis? nape aku gi gak subang parade tu??

ke-satu (ini vocab hazeem):
aku ada hal bisnes skit kat sanun.

kedua:
aku teringin sangaaaat nak gi sana.

dulu, masa belajar kat ppp/itm, tempat merendek adalah subang parade. kenapa? sebab kat situ ada komuter station, mudah sangat la dari shah alam nak ke subang tu. subang parade lak beberapa kangkang kera je dari komuter subang. so, ramai la student2 kami ke sana.

masa aku bgtau laki aku nak ke subang parade memula tu dia agak malas sbb pikir jauh. tapi lepas tu dia macam excited gak. dia pun mencongak2 la mana jalan nak lalu.


kami pun naik la DUKE, masuk NKVE streeeeeeeeeeet je gi subang. kuar kat mesiniaga tu sampai la subang parade. nampak la satu mall besau, Empire apa ntah. wooo.... ada mall baru (jakun seh) --- ntah2 dah lama.

laki aku sibuk nak berborak, aku sibuk duk tgk signboard sebab jalan dah byk berubah.

sampai kat subang parade, we was awed. tempat tu dah byk berubah. of cos.
tapi ada satu kedai Dave's Deli still ada kat sana. perghhh....dulu masa bercinta suka sangat makan kat situ. yg kitorg kagum, masa belajar, dgn duit elaun rm200lebih sebulan (tanpa support makbapak), mampu lak kitorg makan kat situ. perghhh.... skrg, kalau nak makan situ dah rasa cam luxury je. (hopefully allah murahkan rezki kami lagi...amiiin)

lepas dah setle urusan perniagaan (cewah), kitorg usha lak barang baby. masa tu gak hubby nak beli baju keje.pastu nak gak sandal baru sbb sandal skrg dah koyak sana sini. dpt la yg 50% and baju dpt yg 70% --- berbaloi la gak membeli kat parkson hari tu. dah puas beli sandal, tetiba laki aku cakap nak simpan sandal tu nak pakai masa raya. errkk! raya bila, bang? tak lama lagi...ada la 4bulan lagi kot. waduh, kalau 4 bulan baik la beli masa tu, skrg duit tu leh wat aku belanja makan. hahahah!!! kang silap haribulan berlipas tak pun berhabuk. ehehhe...lantak la bang weh.

pastu hazeem lak sibuk nak tuntut hadiah dia sempena dapat 5A dan 2B masa test hari tu. dia dah siap2 pilih nak satu set kapal police tu. harga RM79.90. aku cakap mahal, aku suh hubby tgkkan apa replacement mainan yg cheaper. try la pujuk hazeem.

dia pun pegi la kat toys section. aku duduk la kat satu sudut sebab baby dalam perut sudah memberontak kepenatan. lepas dalam 20min, hubby dtg balik dgn hazeem. dia bwk satu kotak kereta miniature ada bomba, police and askar. memang cun. harga? RM89.90!

AIKKKK?? aku hantar wakil suh carik lagi murah, dia bawak yg lagi mahal ---hahahah!!! pitam makcik!


pastu hubby dah tersengih2... ni hadiah exam dia la...
iya, bang. den tau le, tapi duit lum ada nak beli yg tu hahahah!!! aku pun gi la round sendiri, jumpa senapang harga RM24.90. ada laser beam, vibrate bila tembak, ada lubang target, ada lampu2 siap. nasib baik hazeem berkenan. (selamat duit 80 hinggit)

yg menyesalnya, nape la tak beli 2??? sebab lepas tu dah berebut lak ngan harith. yg sikecik ni pun...

lepas ke subang kami ke kajang.... pun urusan bisnes. penat wehhhh.

sampai rumah dah kul 630pm.

hubby bawak kereta gi carwash.
aku duk rumah kemaskan barang2, tolong hazeem wat homework.

malam panciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit..... sakit2 badan weh. sampai subuh tadi pun aku rasa cam di awang-awangan... adeiii

moga2 allah murahkan rezeki kami atas usaha2 dan penat lelah beramai2 (hahahaha) dan penat lelah aktiviti2 yg tidak berkaitan (ehehhe.....)

subang parade? insyaallah, aku akan sampai lagi.




antara benda yg dulu lain skrg lain but still good.... ehehhe....

Thursday, March 31, 2011

bila jiwa kacau

hari ni already started with something not so good.
mimpi semalam tak best.
bangun pagi dah bad mood.... aiseh men... really hate days like these.

so, belum apa2 lagi dah terasa sangat penat... tengok anak2 still lagi asleep. penat sangat nampaknya. hmmm... tidur la, my sons... kejap lagi bangun we'll get our breakfast. mummy feels like having a big breakfast today. not really having a good mood so mummy needs a BIG booster! wakakakaa!!!

then, lepas tu berlaku lak kejadian yang of course, apa2 pun a mother mesti mengutamakan anak sendiri kan. anyway, sapa la aku.... (ni ayat yg selalu aku sebut dan i am getting tired of it)
ni yang membuatkan aku takmo bangun dari tempat laptop and just wanna sit here all day long, hoping i would blend in the background and nobody would see me here and wont even realise i existed, just like i thot they would want me to.

ini masalahnya bila dari kecik lagi kita dah ada low-self-esteem. the character tu dah macam jadi chop mohor dalam diri sendiri and let me tell you, it is not easy to get rid. tgk je la citer2 hollywood tu, those are realities, i mean those are actually happening. maybe kena jumpa pakar motivasi macam Tim Robbins tu ahaks ahaks!!



who's biting the dust???

Tuesday, March 29, 2011

kita menggunakan tangan untuk...

semalam, hazeem bawak balik paper ujian sains dia... memula aku tgk markah, dpt 84% kira cukup bagus sbab still A.

apa2 pun markah hazeem kali ni aku take note sebab ini test yang pertama kali dalam hidup hazeem. masa tadika pun tade test2 ni. pastu membaca pun still tahap tidak begitu memuaskan, so apa2 keputusan dia dapat aku take note mana yg dia excel and mana kena monitor lebih skit.

hari tu ujian maths pun dapat A.
ni sains pun A.
memang cukup Alhamdulillah.
tp paper2 lain belum dapat dan paper2 lain ni kira semua aku cuak ahahah!!!
bahasa arab, jawi dan tasawwur islami ---semua kena tulis of cos in jawi.
bahasa malaysia ada 2 bahagian, penulisan dan pemahaman. erk, tulis pun dia agak slow...nak kasik paham?? moga2 dia paham ehehehe....

english pun aku tak tau apa soklan2 yg dia kena jawab.

hehehhe...pendek kata, aku yang agak cuak menunggu result test.

berbalik kepada paper test sains tadi.
aku pun bukak la paper tu tgk apa soklan2 nya...apa yg dia silap...
fair gak la...masa revision pun aku main buat assumption dia tahu, rupa2nya ada part konfius. contoh: labelkan bahagian pokok, part buah and biji ---aku pun konfius tgk gambar bunga tu pecah, turns out bunga tu tadi adalah buah dan pecah mengeluarkan benda2 kecik iaitu biji.
pastu hazeem salah part pucuk and daun. sebab dua2 dilabel kat daun, cuma part pucuk tu kat atas sekali la.

dan kesalahan yg aku takleh terima kenyataan....

Kita menggunakan tangan untuk....
berlari / menulis

------dia jawab BERLARI

aku puas le duk pikir kenapa ek?
skali mertua ku buat le aksi, agaknya dia pikir tangan tu kena hayun laju2 bila berlari kot... pastu laki aku buat gaya mcm dlm citer Hantu Kak Limah Balik Rumah. HAHAHHAH!!!! hancus!
tu la, nak salah kan sapa bila anak imaginasi ikut tv!!! hahahah!!!

kite bakor aje... kite bakor!

sekian.

Monday, March 28, 2011

medina dan aku

medina (by kloset muslimah) sudah mengeluarkan their second batch of new colours of long flair tunic and palazzo as well as overcoat!!

of course, aku suka colour2 baru ni esp kaler askar tu (actually it is olive green gitu) and aku juga sgt suka kan palazzo dan overcoat.

palazzo tu di-tailored dengan bukaan di kaki yang besar --- so nampak membuai-buai ditiup angin, dan cawat seluar pun labuh --- jadi tidak le ter'sempit' bila disarungkan. pastu dia ada mcm section kat perut jadi perut rasa selesa dan me-minimumkan efek perut bertayar extra :-)

overcoat tu pun lain dari lain. buleh digayakan macam2. sesuai sangat kalau dah pakai mini tee lepas tu nak kuar tapi malas nak tukar baju,sarung je overcoat tu. labuh dan menutup aurat. apa beza dgn cardigan?? cardigan mcm agak tebal dan mostly singkat and very minimal. so why not try yg lain lak kan...

aku mengempen?? of cos! eheheh... sila klik http://klosetmuslimah.blogspot.com