Sunday, April 3, 2011

kami ke subang parade

bagi aku yg duduk kat keramat ni, subang parade tu cukup jauh.
abis? nape aku gi gak subang parade tu??

ke-satu (ini vocab hazeem):
aku ada hal bisnes skit kat sanun.

kedua:
aku teringin sangaaaat nak gi sana.

dulu, masa belajar kat ppp/itm, tempat merendek adalah subang parade. kenapa? sebab kat situ ada komuter station, mudah sangat la dari shah alam nak ke subang tu. subang parade lak beberapa kangkang kera je dari komuter subang. so, ramai la student2 kami ke sana.

masa aku bgtau laki aku nak ke subang parade memula tu dia agak malas sbb pikir jauh. tapi lepas tu dia macam excited gak. dia pun mencongak2 la mana jalan nak lalu.


kami pun naik la DUKE, masuk NKVE streeeeeeeeeeet je gi subang. kuar kat mesiniaga tu sampai la subang parade. nampak la satu mall besau, Empire apa ntah. wooo.... ada mall baru (jakun seh) --- ntah2 dah lama.

laki aku sibuk nak berborak, aku sibuk duk tgk signboard sebab jalan dah byk berubah.

sampai kat subang parade, we was awed. tempat tu dah byk berubah. of cos.
tapi ada satu kedai Dave's Deli still ada kat sana. perghhh....dulu masa bercinta suka sangat makan kat situ. yg kitorg kagum, masa belajar, dgn duit elaun rm200lebih sebulan (tanpa support makbapak), mampu lak kitorg makan kat situ. perghhh.... skrg, kalau nak makan situ dah rasa cam luxury je. (hopefully allah murahkan rezki kami lagi...amiiin)

lepas dah setle urusan perniagaan (cewah), kitorg usha lak barang baby. masa tu gak hubby nak beli baju keje.pastu nak gak sandal baru sbb sandal skrg dah koyak sana sini. dpt la yg 50% and baju dpt yg 70% --- berbaloi la gak membeli kat parkson hari tu. dah puas beli sandal, tetiba laki aku cakap nak simpan sandal tu nak pakai masa raya. errkk! raya bila, bang? tak lama lagi...ada la 4bulan lagi kot. waduh, kalau 4 bulan baik la beli masa tu, skrg duit tu leh wat aku belanja makan. hahahah!!! kang silap haribulan berlipas tak pun berhabuk. ehehhe...lantak la bang weh.

pastu hazeem lak sibuk nak tuntut hadiah dia sempena dapat 5A dan 2B masa test hari tu. dia dah siap2 pilih nak satu set kapal police tu. harga RM79.90. aku cakap mahal, aku suh hubby tgkkan apa replacement mainan yg cheaper. try la pujuk hazeem.

dia pun pegi la kat toys section. aku duduk la kat satu sudut sebab baby dalam perut sudah memberontak kepenatan. lepas dalam 20min, hubby dtg balik dgn hazeem. dia bwk satu kotak kereta miniature ada bomba, police and askar. memang cun. harga? RM89.90!

AIKKKK?? aku hantar wakil suh carik lagi murah, dia bawak yg lagi mahal ---hahahah!!! pitam makcik!


pastu hubby dah tersengih2... ni hadiah exam dia la...
iya, bang. den tau le, tapi duit lum ada nak beli yg tu hahahah!!! aku pun gi la round sendiri, jumpa senapang harga RM24.90. ada laser beam, vibrate bila tembak, ada lubang target, ada lampu2 siap. nasib baik hazeem berkenan. (selamat duit 80 hinggit)

yg menyesalnya, nape la tak beli 2??? sebab lepas tu dah berebut lak ngan harith. yg sikecik ni pun...

lepas ke subang kami ke kajang.... pun urusan bisnes. penat wehhhh.

sampai rumah dah kul 630pm.

hubby bawak kereta gi carwash.
aku duk rumah kemaskan barang2, tolong hazeem wat homework.

malam panciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit..... sakit2 badan weh. sampai subuh tadi pun aku rasa cam di awang-awangan... adeiii

moga2 allah murahkan rezeki kami atas usaha2 dan penat lelah beramai2 (hahahaha) dan penat lelah aktiviti2 yg tidak berkaitan (ehehhe.....)

subang parade? insyaallah, aku akan sampai lagi.




antara benda yg dulu lain skrg lain but still good.... ehehhe....

2 comments:

Syahida said...

mekja, walaupun aku suda tercampak jauh ke JB.subang parade masih lagi tempat bermain (eceh) haha...almaklumlah, lebih kurang 10 kangkang gorilla je dari rumah mak aku. tp idok le selalu pegi pun. lebih kerap ke ikea rasanya hehe..mmg dah byk berubah kat situ...macam2 ada ;)

ja amran said...

betul tu syida. pastu aku rasa dia lagi customer friendly...ada byk tempat duduk eheheh... very2 good utk aku yg pregnant ni.