Friday, December 31, 2010

satu dah selesai...tunggu isnin lak weh

been super serabut busy for the last few days.

bukan busy apa, tapi semua project tergendala, semua agak tersangkut sebab buah hati ku yang kedua sangat sangattttttt, i repeat - sangaaaaattt - demanding since last week aku rasa.

aku nak gi kedai beli goreng pisang pun terbantut hajat. si kecik ni sekarang dah susah nak bawak dalam kereta without me NOT being the driver. kalau aku jadi driver, alamatnya memang blood go upstairs.

aku tau kereta aku tu spacious, to his advantage - he uses ALL the space he can. dari belakang ke depan, ke tepi kiri dan kanan, kalau boleh masuk boot belakang pun dia panjat ke balakang. if duk belakang je takpe, dia kat belakang buat gymnas ngan abang tersayang.

bila kat depan lak, dia belasah jadi DJ radio - yang station tak penah aku tahu which one, kejap hits kejap sinar kejap ikim, layan cd pun ada.

pastu belasah pulak dengan aircond. dia saje nak test apa jadik kat sweat glands mak dia if dia padam ekon tu for seminit dua...tatkala hari panas terik... doinggg!!!  pastu dia test plak if dia leh terbang if tiba2 dia FULL BLAST ekon tuh! perghhh....

so, apa yang aku nak bz kan sangat?

aku nak carik stock baru utk bisnes - postpone.

aku nak gi spital for check-up - kena tunggu hubby

aku nak beli buku sekolah hazeem - aku rasa satu al-amin dah kenal sapa itu amir harith.

aku nak pegi majlis taaruf amir hazeem - pun mr hubby kena temankan.

dan banyak lagi.... mostly kena postpone.
dan ada a few times aku miss barang2 free sebab aku dah tak mobile nak gi amik barang2 free tu :D itu la nama takde rezeki.

yup, hazeem dah selesai majlis taaruf semalam. apa itu majlis taaruf? orientation sekolah dia daaa...

and yup, aku banyak kali gak ternganga nganga bila ustaz tu buat announcement ...banat...aulad...etc etc...
dan rata2 students lama yg menemankan adik2 bercakap dengan berbahasakan ...ana...anta...ante... fuh fuh fuh...

bila nak cek buku sekolah pun aku ternganga gak esp bila sampai part buku bahasa arab yang aku sudahi cuma dengan sadakalloh...sebab aku langsung tak paham apa yg tertera (HAHHAHA!!!) nasib baik mr hubby paham.

so, hazeem...homework bahasa arab, anta study sama anta punya bapak lah.

kuangkuangkuang....


(gambar kemudian ya...)

Wednesday, December 29, 2010

ini lah gunanya taring harimau - well done malayan tigers!




aku pasti hampir seluruh malaysia melekat di depan tv semalam, ataupun sanggup mengharung traffic jem gi tgk kat public places yg offer big screening of the final game semalam. AFF Suzuki Cup 2010 antara Malaysia dan Indonesia.

aku dan suami cuma mampu di depan tv rumah, bersama anak2 dan mertua ku. tapi cukup happening terutama tatkala penalti diselamatkan oleh si kacak khairul fahmi che mat tuuu.... huhuhuh... dan gol pertama dijaringkan eh....dirembat oleh Safee, yg juga dinobat sbg penjaring terbanyak affsuzuki cup 2010.

walaupun tiada bra berlaser kelihatan dimana2, aku pasti cameraman pun sibuk mencarik sebb selalu sangat dia zoom kat awek2 cun kat stadium tu.

ada gak time goalie kita kena laser, aku tak sure punca laser tu. pastu aku rasa ada gak time ref berat sebelah, tapi kita still menanggggg!!!!

syabas!

Monday, December 27, 2010

alat penenang ;-p

since small, each one of us ada 'alat penenang' sendiri. ada yg tampil normal, ada yang para normal dan ada gak yang di luar ke-normal-an ehehhe...

ini bukan alat penenang yg ko tembak kat bontot kuda ke, atau apa2 binatang yang sewaktu dengannya, tapi alat penenang jiwa seperti contoh kebiasaan - bantal busuk :D

masa aku kecik dulu, alat penenang aku adalah bantal busuk yang sangat lembut (hingga tahap lembik) dengan cover kain cotton yang sangat sangat masyuk... and it has a distinctive smell yang pada aku ketika itu saaaaangat best! hahahah!!! alat penenang ni slalunya susah nak dipisahkan, bagaikan aur dengan tebing (eh betulkan perumpamaan ni??) --- if nak pisahkan a child from alat penenang tu, kena ada tricks and skills and most important thing is all the LUCK in the world. aku stop dulu pun agak susah, aku rasa nenek aku pun naik give up. but when the time came, it was as easy as 1-2-3. masa tu nenek aku TERbasuh (kononnya) cover cotton ku yg syok itu. aku mengamuk. then my grandma gave me my 'alone-time' utk aku cool down. masa tu datang lak moment 'cerdik' and aku terpikir, konon nak balas dendam kat nenek, aku stop hisap botol la, takyah ada bantal busuk lagi. biar nenek aku rasa! (well, au contrary hah!)

after i told grandma that i (revengefully) wanna quit drinking my milk (in the bottle---that is) to my surprise she was more than happy! hahahah!!! ---- padan muka aku :-) and she said, 'mujor nyo la... kalu aku tahu, mulo lagi aku basuh sarong bata tuh' -----> translated: nasib baik le, kalau nenek tahu, dari dulu lagi nenek basu sarung bantal mu itu, wahai cucu ku.

rupa2nya, she was trying to make me stop hisap botol, yes, i was 6 but who cares!

itu kes aku.

anak2 aku takde la kes kronik sgt.

si hazeem suka menggentel pada label kain, tak kira la label tu pada bantal ke, baju ke, selimut ke, towel ke...apa2 pun ok janji label yang tersentil keluar :D

harith. so far dia cuma suka menggaruk2 'keloid' aku kat bahu aku. sakit...kadang2 tak,tgk angin dia. tensen gak tu. so skrg aku nak cuba carik alternative supaya anggota badan aku tak di misuse. (note: keloid tu daging lebih kesan dari parut. some people and naik mcm scar yg mcm daging extra, contohnya BCG, ada some people yg naik bonjol, that is keloid)

anak buah aku lak bila nak minum susu akan mencari hanky itik iaitu handkerchief nya yang siap ada anak patung itik. itu mmg the only benda yg dia nak. if mak dia terbasuh, maka jahanamlah (hahahha!!!) i mean, dia akan melalak, meraung dan melepek kat pintu grill sambil memandang ke arah jemuran di mana hanky itu dijemur laksana pungguk rindukan bulan. kalau nak dia diam, kasik yg separa kering pun cukup bagus, tapi lepas tu semua org stay back cos the smell would be deadly unbearable. not to her, of course.

that was the story of alat penenang masa budak2 kan... which was considerably straightforward and simple and to a certain extend, cute.

bila dah tua bangka, besar panjang, apa lak cerita kita?

ada yg jumpa alat nya di shopping compleks. ada lak cukup sekadar tgk tv. ada lak yg dapatkan dos dia kat websites. skrg byk yg dpt kat FB. tp, hakikatnya, alat2 penenang ni if overdose, could be dangerous. they are not as safe as bantal busuk, or label kain or hanky berbentuk stuffed animals. betul tak?

Monday, December 20, 2010

end of the day, you will still have the experience and memories....

this is my third pregnancy. and alhamdulillah so far aku never experience any miscarriage or any serious misfortune. cuma mungkin la delivery tu memakan masa berjam2 and the last one really took my whole life to bring harith into this world. dah puas ku teran, and the opening was 10cm tp si kecik ni takmo gak keluar. sampai bervacuum once and still he remained inside my womb. aku rasa dah nak abis nafas meneran, and baby heartbeat pun dah started to slow down --- masa tu doctor pun dah panik attack. emergency operation. so merasa la den ditolak keluar dari labour room ---ne no ne no.....!!! - stret to operation theater. masa tu aku dah separuh nyawa and i could see people looking at me. itu pun aku dah half awake cos too tired and i think i was heavily sedated with the gas(hahahah!!! high le konon)

rupa-rupanya tali pusat terbelit --- huh, takde benda lain nak main agaknya :-p

alhamdulillah...amir harith was safely born.

kes anak pertama?

fuhh... masa tu i consider myself lasak gak. sebab i was working.
ada time i have to do rooftop inspection, siap naik atas water tank lagi tu. perghhh... risau gak kot tiba2 ingat air water tank bocor skali air ketuban aku ---hahahah.... lawak je ok.

ada gak time yang staff aku call 'Madam, we receive a call there is a bomb in the building!"

adoii la...masa aku mengandung la ko nak letak bom dlm bangunan den. hubby agak marah masa tu cos i was heavily pregnant and had to be on site to find out betul ke ada bomb. hoax or not, still it was a dangerous situation. tapi aku berpengalaman tgk polis dtg siap dgn anjing pengesan bom lagi. agak happening la... or lain sibuk nak pi jauh2, aku ngan perut maju ke depan tersengih2 kat main entrance bangunan. nasib baik tipusss belaka.

and the most important is the moment bila anak tu keluar je dari badan aku, aku rasa satu perasaan lega yang amat. mana tak nya, sakit tu tuhan saja yg tahu... rasanya masa tu dah give up nak beranak. tapi bila dah keluar tu, perrghh... ala... sapa pernah sembelit? apa perasaan bila akhirnya berjaya membuang? lega kan?

haa... lebih kurang la. cuma beranak ni sakit dia mmg tak tertanding la.

amir hazeem lahir pun setelah divakum beberapa kali, senget. apo la budak2 ni, duk dlm diam2 pun susah. bila hazeem berjaya keluar, doctor letak atas badan aku. but hazeem made no sound. no sound at all. masa tu peds dah standby kat situ. aku tgk muka peds tu apasal macam takde style specialist je... alahai...

rupa2nya hazeem dah partly lemas dlm perut. after the peds clearly mulut dia semua, then hazeem started to cry... and hubby melaungkan azan utk anak sulung kami tu. mmg moment tu sgt meaningful. but aku rasa masa tu pun aku high on pain killer gas sampaikan aku tak rasa penat or anythg. cuma lega yg tak terhingga. well, hazeem dimasukkan dalam incubator, sian... kecik sangat. and looking at him today make me feel very grateful and very lucky to have him.

ni kali ketiga apa pulak experience agak nya... ehehhe...

hopefully xde lagi acara2 emergency like before. kalau nak diikutkan, i am more compose and calm walaupun kadang2 ada emotional outburst. so i hope anak ni nanti lagi tenang ehehhe... amin amin aminnnn

the big brother  --- ahaks!

the little brother :D

Saturday, December 18, 2010

nak apa sebenarnya?

pagi tadi aku baca blog member yg bercerita tentang perasaan dia bila ada classmate kami yg baru grad phD.

aku pun nak share perasaan. perasaan yang selalu gak aku rasa tapi sentiasa di-rational-kan oleh pakcik dan makcik ku.

bukan semua org boleh faham hakikat bila a wife is not working, esp bila sekeliling kita semua org bekerja. and bukan semua org boleh faham yang rezeki tu bukan terletak pada terms bekerja makan gaji sahaja. rezeki tu hak Allah dan masing2 ada rezeki masing2, cuma tinggal kita je yg nak kena cari. dan tak semestinya rezeki tu dtg daripada makan gaji.

dan life achievement tu pulak tak semestinya datang dalam bentuk academic sahaja. bukan semua org ada peluang sambung belajar sampai phD dan sebagainya. so, when a person achieved only certain stage of academic level, doesnt mean org tu tak pandai. mebi ada yg pandai and mebi ada yg could perform even more --- tapi keadaan tidak mengizinkan.

macam kes aku, aku admit bila dtg rasa low self esteem tu kdg2 nak je ku tinggalkan apa yg aku buat skrg and sambung belajar ke... kerja balik ke... atleast gaji sentiasa ada. and aku pun bukan a bad student, and masa kerja pun not bad jugak. tapi...priority aku skrg is anak2. sbb aku belajar from sekeliling. and aku percaya for anak2 aku takleh invest just $$ tapi time and effort.

dont get me wrong, working moms are excellent people. and i respect those who could balance their life well. tapi aku tak boleh --- mebi saikologi aku dah off becos of bad experiences.

and priority pun penting. and apa2 hal pun if kita buat ikhlas, insyaallah ada  balasannya. mebi bukan sekrg.... mebi later...

and aku ingat lepas aku grad degree dulu, ada skit frenly argument between parents aku (which normally buat aku tersepit) --- :D

my mom "ja lepas ni sambung la master, baru gaji kencang..." --- aku malas nak layan sebenarnya sebb course aku tak affect apa2 if aku ada master. if nak gaji lebih aku kena amik professional course.

then my dad menyampuk "ja nak paper qualification lebih ke.... duit lebih?" hahahahah!!!

aku belum berani menjawab dan jawapan normal aku is aku menyingai je.

then bapak aku tambah lagi "bukan semua kerja penting kan paper qualification. lgpun budak tu baru dpt kerja, bagi la masa skit..."

it was true masa tu aku baru got hired to a company yg susah nak amik melayu kerja apatah lagi melayu bertudung, but rezki aku, aku dapat.

yang sebenarnya aku tak mo kerje apa yang aku buat dulu. aku nak jadi arkitekkkkk.... tapi orang tak kasik.

pastu kenapa sekarang aku jadi malas nak buat apa2???
aku give up in achievement ke? ke dah penat achieve something yg orang nak and bukan aku nak? ke memang ak dah malas???

apa aku nak sebenarnya?
aku pun dah lost.....

apa2 pun, congrats kepada kawan ku yg baru dapat phd...!!! balik jgn lupo belanjo den cendol :D

Thursday, December 16, 2010

handwriting without tears

my first son, hazeem has a neat handwriting --- when he is calm and confident.
all the alphabets are in order and in the right sizes.

sometimes, they don't... and sometimes it would be VERY difficult for him to even write an alphabet. macam benda tu tak penah ditulis before this.

aku konpius.

anak aku ni kurang konfiden ke?
takut buat silap ke?

so i asked the kindy teacher, and the answer was quite similar to my guessing.
maybe my son is too scared to make mistakes, he becomes too scare to even try. but over some time, we change our approach and the teacher also plays a big part in building his confidence. sekarang dah nampak dia konfiden menulis. dan better in reading too.

then aku jumpa satu website ni, Handwriting Without Tears, and let me quote...


There is a great deal of talk about education standards in grades K-12 today. Handwriting fluency is fundamental to all areas of elementary education, because children think and write at the same time.
When we teach children to write, we also teach them to express themselves. If they struggle with their letters, their ability to express themselves will suffer. Spelling and math will also be affected

and i find their techniques are quite easy and sangat2 menariks!

just go to their website and see what i mean. hope it will do good to you as it does to me :D

operasi pecah!!!

dua tiga hari ni banyak tul benda pecah
frame pecah dipijak harith
hati ku pecah dihempas orang (cewaaahhhh)
jari kaki ku pecah ku sepak dinding konkret
buah buahan kaca hampir pecah ku langgar lari


---hahahaha!!!!

yang belum pecah cuma ruyung --- kalau tak manakan dapat sagunya
errr...nape aku nak sagu? bukan aku gheti masak sagu pun. itu pasal la tak pecah2, sebab aku xmo sebenarnya.

aduiii...berdenyut2 kaki ku ini. betul ke pecah??? aiseh...dugaan...

ada bajet sure boleh deko

an old fren baru start her blog, blogging about deko-bajet. iaitu... berdekorasi dalam keadaan berbajet ehehehe...

her first post was a good one. aku suka rumah kampung, not that i intend to stay in one this near future... but looking at it sure gives you a relaxing thought.

give her blog a visit --- worth looking - Deko Bajet.

food to keep me sane :D

 
i have been avoiding nescafe for a few days now since banyak sangat angin dalam badan.
thus maybe the reason behind a few of my insane reactions
today i went out, despite the tiredness
had lunch with the boys 
thot of grabbing some comfort food - doughnuts!
 
coincidently i met an old fren
we chatted
it was refreshing
bought some doughnuts
harith slept during my chat 
hazeem got drowned with my henfon games
then we went home

so, hari ni aku bantai my comfort food
and my portion of caffein
angin?
lantak le
ehehhe....
one De La Cheese for me
and a cup of hot nescafe
did the trick
tapi...
angin ni camne la plakkkk?
minyak angin la nampaknya :D



Wednesday, December 15, 2010

kusam nya!

hari ni sangat kusam
sangaaaaat la kusam
nape jadi gini ni?
kalau nak describe rasa macam english weather
patutnya ada kelas gitu
tapi nape macam kusam?

aku selalunya suka jenis2 english weather ni
tapi yang jenis kusam ni melemaskan aku
pish posh pish posh....
aku rasa darth vader pun bernafas better dalam topengnya
nape aku rasa lemas dlm weather yang kusam ni?

elok la kot
anak aku kat taska ada hari sukan
sort of
elok la cuaca gini,
tak panas nau
tapi perasaan kusam tu cuma kat aku kot

mungkin sebab pagi2 lagi hati aku dah sakit
dua2 nya menaikkan darah
dua2 tak sengaja tapi masalahnya tak paham2
bila ntah nak paham
otak diorg pun kusam agaknya
kusam dan kelam dan masam

urghh, baik aku melarikan diri
aku tunggu pun org lain takde yang tunggu
orang lain pandai lak release tension
abis aku?
takkan nak release kot kentut je
masuk angin kuar asap
itula aku
berkorban konon
last2 jadi kusam
berkulat dalam hati sorang2
arghh...tak boleh jadi ni
nak kuar duit tak cukup
gi makan cendol lagi bagus
arrrghhhh....!!!!
KUSAAAAMMMMM!!!!



 read more where i got this cat from.

Tuesday, December 14, 2010

sesal

it happened so fast
so fast that no breath was taken
no eye could blink
no second was ticking

it happened - still
so fast
but the impact last for my lifetime
i wasnt thinking
i didnt think
i couldnt think
for it happened so fast

i am sorry
so sorry that i could put myself away
very sorry that i could put myself so low
i know you do not deserve what i did
i regret every bit of it
shame
frust
i am sorry

i hope you understand
there is no excuse but i hope you forgive me
as you hug me saying you are sorry
i feel worst
i feel ashamed
i hope you forgive me for i know it would be hard
but i still hope

there is no excuse
i am sorry
for i love with all my heart
you make my world go round
you make my life a whole lot better
nothing could ever replace you
i am sorry
very sorry.....
that is the only thing i could say
as a mother who love you very much
and i am sorry...

been busy

before this aku duk sibuk wat cupcakes and alhamdulillah mendapat sambutan sebab kek sedap and design pun cantik (masuk bakul angkat la sendiri --hahahah!!)

tapi seriously...

lepas tu, maid aku 'marathon' keluar rumah sesudah subuh and leaving us all in state of wanting to kill somebody tapi bila pikirkan dosa tak jadik la. so, at that moment, FIL aku sakit and aku lak dengan baby yang sangat clingy to me. jadi aku put that baking project on hold.

lepas tu mana leh hidup ngan gaji suami je kan. tambahan lak aku ni kena byr loan yang duit nya aku rasa separuh dan separuh lagi di kecap 'free' oleh orang yang dulu aku panggil sahabat. takpe, tu cerita org pinjam duit pastu taknak byr dan marah lak org yg kasik pinjam. takpe, nak buat camne. ingat allah je la.

apa aku buat? aku jumpa satu tempat jual tudung. memula tu aku fall in love ngan kaler2 tudung dia. harga a bit pricey, but aku suka design dia so aku beli a few utk aku pakai sendiri.bila dah pakai sedap la plak. style tudung tu bila pakai muka nampak slim. kain lycra dia pun tak nipis cam yg jual murah2 kat jln tar tu.

aku pun pergi balik and borong a few. saja nak test jual kat sedara mara.

MIL aku beli and sister in law pun beli gak. bila try diorg pun suka and promote kat aunty2 lak. lepas tu aku pun jadi pemborong tudung diorg. they commented that tudung yang beli kat aku tu still cheap kalau nak ditengok pada quality dan design. itu pasal diorg suka.

tp bila jual ngan diorg, aku x amik untung byk ada la skit, kalau xde untung langsung itu bukan berniaga, tapi tolong beli --ehehhe...

and to my pleasure, they are contented with what  got to offer. alhamdulillah, aku duk wat duit skit2 gitu la. tak byk, belum cukup nak buat aku lepas dari hutang.

so husband aku suggest try jual online. aku ada gak hantar stok ke kelantan tapi susah nak monitor sebab stock jadi tak mobile. tapi still laku sbb quality tudung tu lain dari lain.

kesimpulannya, aku pun akhirnya berjaya menubuhkan blog online shoppe aku.


http://klosetmuslimah.blogspot.com

model tudung ialah aku sendiri (AHHAHAH!!! ---gelak le puas2 sebab aku pun menitik air mata menggelakkan diri sendiri)
bukan sebab aku perasan aku cun, tp sebab convenient nanti, ada stock je aku modelkan, dpt stock je aku modelkan. takyah tunggu model dtg umah...

skrg, satu dah on, aku dalam discussion utk satu lagi project. moga2 lancar la...insyaallah...

kawan2.... apa lagi... jenguk2 la and cuba la sehelai, insyaallah lepas tu mesti nak lagi (eheheh...macam kueh la plak!)

Saturday, December 11, 2010

ikea sale

yesterday kitorg 'lemas' dalam crowd IKEA. almaklumlah... musim sale, christmas lak tu. bukan aku shopping christmas, tp ada sale sempena christmas. why did i go yesterday? sebab semalam aku dah lama aim frame gambar on sale from rm49 to rm29. so, yesterday satu hari je frame tu ada sale. and on other days, ada la barang lain yg di put on sale. nak tau apa barang.... click website ikea.

actually my main aim wasnt the frame, solely. kitorg sebenarnya nak beli a wardrobe/ sort of cupboard for hazeem and the new baby. wpun kami belum ada rumah, tp kelengkapan mesti ada (huhuhuu....)

next year hazeem dah sekolah. kena ada satu tempat nak simpan baju2 sekolah, buku2 sekolah, etc. pastu ada lak new addition to the family (insyaallah) and he will also need a new space for his teeny weeny jumpers and diapers.

aku duk berkenan satu almari 3 pintu kat ikea tu, DOMBAS at rm399. byk ruang. and colour dark brown. aku dah siap beli sticker utk measure heights budak2 and some huge dinosaurs stickers nak tampal kat almari tu, since almari gelap and the stickers will stand out marvellously. murah je stickers2 tu aku beli kat tesco (eheheh...dah siap beli, pastu sorok dalam almari)

setibanya di kawasan wardrobe, aku survey yg lain2. mahai... cantik tapi agak over the budget. last2 stick to the original idea, si Dombas tu la pilihan.

'excuse me, how can i get that wardrobe - Dombas?'

'oh, i am so sorry, for that one we are already out of stock...'

'aiseh... so when will you get the new stocks?'

'mid of january'

what the h***!!!!
frust tertonggeng tonggeng. dah diskas ngan hubby, tunggu je la. pejam celik pejam celik dah january dah. simpan la dulu segala sticker ke bagai.

nasib baik frame ada, ada la pengubat luka ---jiwa terlara (wakakakkaaa!!)

sebenarnya, bila kita ada sedikit perubahan dalam hidup sehari2, contohnya ada frame baru with pictures of your loved ones, itu pun dah cukup membahagiakan hidup. it helps to add something, some new spice to your life :-)

Wednesday, December 8, 2010

rezeki ooo rezeki

as husband and wife, kadang2 kami berborak pasal duit, well...bukan kadang2 la, most of the time.

mana duit sekolah?
bila nak dapat gaji?
dah jual ke?
abis jual ke?
duit ada lagi tak?
boleh makan best tak malam ni?
etc...etc...etc...

bukan most of the time topic on money is good, and not all times are bad either. cuma bila tak dapat apa yg kami nak, we feel down.

tapi hari tu aku cakap kat laki aku...

if nak dipikirkan balik, kita ni bukan nya susah benar.
sakit pun leh gi Prince Court. beranak pun fully covered--- pun kat Prince Court.
anak boleh lagi nak hantar sekolah private, walaupun first interview failed (ehehhe...) tapi dpt gak masuk akhirnya... rezki gak tu.
makan tak penah putus. pastu dpt gak la makan macam2... kadang2 ada lak orang belanja. if ada rezki lebih, dpt gak kita belanja org lain, wpun sekadar keropok lekor :-D

kereta pun ada, walaupun 2nd hand tapi cukup luas dan selesa utk kita anak beranak.
tempat berteduh pun ada.
leh menumpang lak tu...ehehhe...and bill semua tak penah miss byr.
diri sendiri dan anak2 semua ada gak insurance, jaminan if anything happen...

so what is sometimes kita rasa banyak yang kita lom ada... maybe belum rezeki. maybe ada hikmahnya, yang kita belum nampak.

tapi, yang nyata nya rezeki kita dah ada depan mata, cuma ada beberapa keinginan kita yang belum tercapai. belum masanya lagi... ehehhe


and aku pernah come across kata2 ni...

lawatlah orang susah, supaya kita sedar betapa senangnya hidup kita
jenguk lah orang sakit supaya kita sedar sihatnya diri kita
ziarah la orang yang meninggal dunia, supaya kita insaf dengan kehidupan kita yang masih ada ni...

count your blessings.

orang mencuri pun boleh pakai motor cun, tapi dia tak pedulik mana datang motor tu, or mana datang duit nak beli motor tu. kita as muslims, biar la dipastikan semua punca halal, baru lah terasa manisnya rezeki allah. betul?  betuuuuullll...

tersenyum untuk hari ni... ehsan dari...

Sg Klah, Felda Residence Hot Springs

last weekend, kami dijemput ke family outing di Sg Klah, Perak.

memula takmau join sebab financial agak critical di hujung tahun dengan preparation anak sekolah tahun depan etc... tp family hubby duk ajak since dolu2 lagi, so gagah kan jugak la. kena lak ada yang belanja makan dan sebagainya, so rezeki beb... ehehe (alhamdulillah....)

we stayed only for a night kat villa with 3 rooms.

before that, Sg Klah ni a holiday destination owned and managed by Felda. so location pun dalam ladang Felda. Sg Klah ni special becos of its hot springs. beruap2 air nya, heheh... sapa2 jalan kat atas titian atas air panas ni, leh la wat cam bertangas ---wakakaka... betul... tp aku tak try :-p

pastu, facilities dia dah ada hotel and private villas. yg duk hotel, aku rasa you can use the public facilities for hot pools etc. tp yang duk di villa tu, each villa ada their own private jacuzzi kat luar rumah, and ada gak design pool kat dalam rumah. villas lak range from satu bilik up to three rooms. and the rooms are OMG spacious! ada dapur and they have basic facilities if sapa2 nak masak sendiri. we were also told, kita leh gak upah org2 kat felda tu masak and they charge a nasi lemak for RM1 gitu la... and also lauk2 kampung.

kitorg masak sendiri, sebab ramai. amik 2 villas with 3 rooms each. setiap villa sendiri masak lepas tu bertukar2 lauk, ala ala bulan puasa gitu ...

kitorg lauk simple je, sebab aku chef nya, MIL aku stil tak berapa kuat lepas operation appendix 4 days before that. so lauk kami, ayam goreng, sup sayur and telur sweet sour ---belasah. kakak ipar err...biras ku masak falafel. sedap.

family si hubby ni memang suka sangat gi sg klah ni. even MIL aku dah 4 kali ke sana. aunty dia dah 6 kali. aku ni first time sampai sini. pastu tak sempat nak meronda sebab baby dalam perut malas nak berjalan (ahahah...alasan baeeekkk!)

anybody interested leh la tgk website dia ... click sini

meh tgk gambo yang tak berapa banyak ni...

 this is the private jacuzzi. not so big, but just enough, so kalau big family, with big sized family members, harus la masuk ikut shift..eheheh

 breakfast free...

 ashkar terlepas dari port dickson --- from left, anak sulung ku, dan sepupu2nya

 boleh rebus telur (yes yes i know kat umah pun leh buat, tapi kagumi lah kekuasaan Allah kurnia kan tempat rebus telur takyah pakai api ---eheheh)

 tempat terapi
(mental and fizikal)

 tempat spa
urut secara halal aaa... ada tukang urut lelaki siap. dalam hutan wat tak senonoh kang kena telan bumi!

anybody with critical illness cannot enter the pool
mental illness pun tak leh rasanya :-)


best?
ok la... tapi if sesapa nak pegi, pegi dalam keadaan semua dalam sihat sejahtera supaya semua leh enjoyyyy...! banzaaaiii!!!

Tuesday, December 7, 2010

peel di waktu sale

sekarang ni musim YES!

Year End Sale bukan Yes, Man dalam movie tu aaa...

bila tiba waktu sale cenggini, normally akan datang la macam2 habit yang kita tak sangka boleh jadi camtu :-)

contoh terdekat tengok perangai si pemunya blog ni...bila datang je sale, tiba2 je rasa macam banyak je benda nak dibeli. itu takde, ini takde, itu mau, ini mau. out of a sudden, shopping list gue jadi panjang ---hahahhaaa!!!

nasib baik bila dah merasa hidup susah, kepala otak ni pandai lak delete balik list yang bukan2... terasa pulak membazir. kalau tak beli pun boleh je hidup, walaupun sale waktu tu up to 70%!!!! (arrrghhhh!!!!)

i have a real 'case study' to share :-D

ada waktu sale last year, me went shopping with Mr Hubby untuk baju budak2 --- mana lagi kalau bukan destinasi tersohor, SOGO. aku jarang pergi Sogo sebab tak tahan crowd yg too overwhelming, ntah nape kali tu nak tgk apa ada kat sogo. so, masa tengah 'survey' barang, ada satu longgok baju2 swimming untuk budak2, Ogival. kebetulan kami memang nak carik satu untuk Hazeem since he has grown out of most of his swimming gear, and kami nak gi holiday kat pulau, thus explaining the need for a new one.

aku pun bergegas ke longgokan tersebut. at the same time, datang la jugak another lady, i think having the same intention. bila nampak ada competition, automatik tangan aku laju je carik baju utk hazeem. nak jadi cerita, dia pun berkenan style yang sama. dah dia pegang satu saiz tu (aku perasan saiz dia pegang tu saiz hazeem) so aku lagi rakus mengorek longgokan tu carik saiz yg sama. unfortunately the one she was holding was the only one! Mr Hubby pun agak frust but silently we were praying for her to put it back. tapi dia pun agaknya having the same feeling --- 'pompuan ni pun nak yang sama, baik aku pegang betul2 yang ni' --- ahahha!!

tiba2 datang la si suami pompuan tu, tanya apa wife dia buat?

si wife pun explain la, baju swimming murah, elok untuk anak dia. tiba2 husband dia cakap, 'buat apa?? mana nak gi swimming?? letak balik, jangan membazir...'

Wakakakakakaa!!!!

sebaik sahaja baju tu terlepas dari genggaman, aku terus kaut, Mr Hubby dah tergelak...

akhirnya kami dapat apa yang dihajati...ehehehe...

moral of the story, if tak perlu toksah le rakus nau... nanti suami tak restu ehehhe... sia sia sahaja usaha

selamat holiday! and selamat bershopping dalam kewarasan :-)

Sunday, December 5, 2010

salam maal hijrah


jgn lupa stop sekejap and baca doa akhir tahun and awal tahun hari ni :-)
insyaallah...

Thursday, December 2, 2010

pencurikkkk!

came across this website... suka gambar2 dia...

esp this one.

pencurikkkk...!!

mcm2 jenis bini

ni nak cerita sikit je

sebab saya sendiri pun bukan seorg isteri yg tepat segala criteria as isteri solehah. but i tried... cuma bukan setiap cubaan tu menjadik eheheh...

tapi, ada gak orang tu yg nak sangat kawen ngan laki orang, bila dah kawen sangat lah berkira bilangan hari 'turn' rumah dia n rumah bini (could also be bini2) lain. of cos la, itu baru adil. even bila first wife sakit pun dia stil  insist hari aturan nya. begitu 'adil' skali.

skrg, bila suami dah sakit, dia dah tak berkira hari. dah tak kisah if wife asal tu sorg je duk jaga sang suami. takpe, tak kisah. tak mau berkira dah.

kena pulak skrg ni dua2 sang isteri dah sakit almaklumlah umur semakin meningkat. banyak la sakit badan yg menyusul. tapi stil, dia sorang jugak yang sakit teruk.

takpe, mungkin rezki wife yang asal Allah kurnia kan hidup dia dengan anak2 yang sentiasa dekat. kalau sorang tak mampu, samada financially or physically, still akan ada anak2 lain yang boleh menampung. and dia jugak bertuah dpt anak2 yang pikir kan dosa pahala and tanggungjawab menjaga ibu bapa diorg. eh, jangan terperanjat, ada jugak jenis anak yg tak mo jaga mak bapak sendiri. why? could be of various reasons, maybe sebab mak or bapak tak rapat dengan dia. or dia sendiri yang menjauhkan diri from parents nya.

tapi pada aku la, macamana rupa parents kita, kalau takde mereka, maka takde la kita. takat mana kita nak haramkan kasih sayang kita atas mereka? sedangkan org yg baru masuk islam pun tidak disuruh putus hubungan dengan parents yg belum islam ini kan pula kita yg sesama islam.

aku tak tau la kan, sebab aku nya background and knowledge agama tak kuat mana, but aku rasa itu la yg sepatutnya. kan? kan?

itu la dia.

so, if sesapa nak berbini yg multiple choice ni, minta la pikir semasak-masaknya.  if dah mmg jodoh, who could argue.

if it happened to me??
i think my husband knows what i would do... :-)