Tuesday, March 20, 2012

'like'

bahana facebook, semua benda aku rasa macam ada je button 'like'.

contoh:
bila baca something yang aku suka, tak kira la apa bahan --- baca suratkhabar ke, tengok tv ke, baca majalah ke, tangan macam meraba2 je mencari button 'like'.

bila ada gelagat anak yg menghiburkan, dan aku suka --- pun aku terasa nak tekan button 'like'

bila tengok ada design baju or fashion style yang aku suka, dalam tv ke majalah ke or real life --- aku terasa nak tekan button 'like'.

bila ada food yang lazat dan aku suka --- pun aku nak tekan button 'like'.


begitu kuat penangan facebook ni. as if it is part of our life :-)

Wednesday, March 14, 2012

hasil menabung

hari tu, aku telah membukak tabung hazeem semasa dia darjah 1. duit2 syiling tu aku taburkan atas karpet... baby hamzah pun turut sama join aku, hazeem dan harith untuk mengira. hamzah bukan gheti apa pun, dia cuma excited tgk bunyi berdecingggg dan benda banyak berkilau2... bibik pun sama join. bukan excited tgk benda berkilau tapi excited tgk duit, macam la aku ni duk tabur duit (muahahahaha)

setelah dikira2... total semua syiling tu mencapai RM300 lebih. banyak gak tu.

so, aku share la ngan hazeem faedah menabung ni, sekarang dah nampak la hasilnya. separuh daripada hasil tabungan tu aku akan buka akaun tabung haji untuk dia dan selebihnya aku kasik can dia merasa hasil menabung tu dengan membeli LEGO pojaan hati dia.

so, tadi aku pun dah selosai membolikan dia Lego Star Wars. Kemain lagi suka. Lepas ni nak gi Legoland pulak, hujung tahun ni baru siap. satu lagi tabung dah disediakan, khas untuk Legoland. biar dia rasa manisnya menabung tu :-)

Thursday, March 8, 2012

the unsaid

like many others, my mind always been busy.

busy with so many things... necessary and unnecessary ;-p

and lately, one thing always came to my mind, my blog. lama dah tak menzahirkan apa yang bermain di benak kepala aku ni.
semuanya aku rasa biarla berkubur dalam fikiran ku saja. biar la aku sorang je yang melayan perasaan. bukan takmo share pengalaman tapi semangat ku semakin menipis.... dalam erti bahasa lain - malas!

wakakakakaaa!!!
sekarang mood suda mari, design blog suda tukar, nanti kan posting seterusnya... bebelan ku sebagai seorang ibu yang memilih untuk duduk rumah!