Tuesday, March 20, 2012

'like'

bahana facebook, semua benda aku rasa macam ada je button 'like'.

contoh:
bila baca something yang aku suka, tak kira la apa bahan --- baca suratkhabar ke, tengok tv ke, baca majalah ke, tangan macam meraba2 je mencari button 'like'.

bila ada gelagat anak yg menghiburkan, dan aku suka --- pun aku terasa nak tekan button 'like'

bila tengok ada design baju or fashion style yang aku suka, dalam tv ke majalah ke or real life --- aku terasa nak tekan button 'like'.

bila ada food yang lazat dan aku suka --- pun aku nak tekan button 'like'.


begitu kuat penangan facebook ni. as if it is part of our life :-)