Monday, January 17, 2011

nenek ku memberi nasihat

kadang2 aku akan call nenek kat kelanta, saja bertanya kaba sambil borak2. ye la...aku membesar ngan dia dulu, so skali skala teringin nak berborak ngan dia.

pastu tiba2 dia tanya, 'toklaki ja duk mano?'

aku cakap le hubby tengah mandi kot...sbb aku tak nampak dia di kawasan persekitaran.


'ni mok nok oyak sikit...' haa... cuak aku, apa la nasihat aku nak dapat ni, cam suspen je...

rupa2nya dia nak ingatkan aku, duk umah kena pakai cantik2... sentiasa wangi, rambut cantik bersisir... jangan berbaju lusuh berseluar gelebeh...

hmmm...aku agak terkujat, apa nenek aku ni mcm taraf2 nenek kebayan ke? mana dia tau aku suka berbaju lusuh? hahahah!!!
bila aku siasat dengan lebih lanjut, rupa2 nya dia masa memuda pun berkelakuan yang sama (ahahahah!!!)

masa time dia, dengan anak2 sendiri pastu dia anak sulung, kena jaga adik beradik lak tu sbb bapak dah takde. lagi la takde bersiap. pastu dia kawen muda sesangat dicompare ngan arwah atuk yang berbeza dekat 10 tahun kot... so masa tu dia tak pedulik nak bersiap sangat as long as anak2 and adik2 siap, makan minum suami berjaga. bila mak dia (iaitu moyang aku) tiba2 sound dia supaya ber'siap' la skit kat umah, masa tu arwah atuk mengambil kesempatan meng-iya kan statement itu.. hahaha.....

agaknya nak tegur sendiri takut bini merajuk... eheheh... arwah atuk aku ni sayang bini :D

bila ditegur sedemikian aku gelak je...

ada sebab2 naper aku suka berbaju lusuh.

sebab pertama:
baju tu sedap

sebab kedua:
kalau baju tu ada lubang satu dua, lagi sedap pakai sebab ada ruang udara extra i.e. berangin skit ehehhe...

sebab ketiga:
rasa cam rugged je bila baju tu lusuh dan besar, ala...macam pakai jeans lusuh tu. haaa... kan style tu :-p

sebab keempat:
kalau comot lepas masak ke, lepas kasik anak makan ke, takde la haru nau nak sental basuh baju tu.

sebab kelima:
takde masa la plak nak bersiap dengan wangi wangian ke hapa ke, sekadar wangi bedak or sabun mandi. mana nak sempat kalau 'membuang' pun sempat takat wajib je...nak khayal sikit pun anak dah menjerit2 kat luar tandas!

sebab keenam:
budget la weh...beli baju harus untuk jangkamasa yang lama. selagi boleh pakai, kita belasahhhh!


hmmm...actually, masa bujang dulu memang sempat nak bersiap bagai and masa tu ada masa nak shopping barang cantik2 nak pakai kat umah. tapi bila dah kawen, priority dah lari.

hati tu nak je bersiap cantik, sbb tu kadang2 if sempat ada la beli sepit rambut (cewah) itu la ini la...tapi nak pakai lak tak sempat.

aku tau hubby aku ni as long as dia nampak aku kemas, insyaallah dia ok, sebab dia tau betapa cun nya aku bila aku bersiap (bluuueeeeeeeeekkkk) and dia paham anak2 aku ni suka mendemand time extra from aku. so sometimes bila aku melawa skit, dia terkujat beruks. hahahah!!!

insyaallah, nasihat nenek aku applikasi kan :D

bukan apa, kadang2 tu, kita pun macam syok sendiri bila tgk diri kita cantik (ye tak ehehhe....)


drew ni tak mekap pun comel (cam aku ke???) ehehhe

No comments: