Monday, January 17, 2011

kisah cekodok

since last weekend hubby teringin nak makan cekodok manis yg instant dalam peket tu...ala, aku lupa lak brand apa. tp yg aku tahu, satu jenis je cekodok instant ada jual kat kodai. iaitu yang diinginkan oleh hubby aku. dan at the same time, aku pun terbayang2 kesedapan cekodok manis tu....

tapi kitorg tak jadi beli masa kat tesco, dan masa balik tu duk la dia sebut2 cekodok manis...cekodok manis...
nasib dia baik, balik umah ada satu peket kat dalam almari. aku rasa mak mertua aku ada penah beli kat kedai sulaiman (kedai sulaiman sangat femes kat sini) and ada satu belen dalam almari dia.

so tghmalam semalam, hubby pun keluarkan la peket tu, letak atas cabinet,sebelah dapur. nak suruh wat breakfast le tu. lepas tu dia takut tak cukup, ye la kami ramai, peket tu kalau ikut tekak aku sepeket pun aku leh habiskan. so, dia letak le skali instant pancake brand Pillsbury siap berperisa buttermilk. (apa meleleh lak ni...?? aduhhh)



skali, sesudah subuh, dia pun bersiap2 ngan baju kerja (aku stil membuta ok ehehhe....), tiba2 aku dengar mak mertua aku duk explain kat dapur...

laki ku: apasal kodok ni lain macam rasanya?

ibu mertuaku: si yuni (maid yg cas terlebih cerdik most of the time) tadi masak dulu. dia bancuh terlebih air. pastu dia rasa cam cair dia campur tepung biasa. mak cuba alter tadi dah lain macam jadi nya... dia kata nak buat pankek tapi tak pandai...

PERRGHHHHH!!!!

berbulu je laki aku tatkala menelan cekodok manis yang dah tak berapa manis dan sudah menjadi agak2 kelat tu...

aku pun bangun, kemas 'katil' dan bersiap2 segala, aku pun join diorg minum dan merasa la cekodok tu. telan sebijik, aku tolak ngan air milo panas...bior cair cekodok tu dalam tekak aku. aduhaiiii kempunan mak.

ibu mertua ku pun mengulangi cerita asal usul cekodok batat tu kat aku. yang aku tak tahan, ayat last; 'yuni nak masak pankek tu, tapi dia kata dia tak pandai'

perghhh nasib baik dia kata dia tak pandai...kalau tak burn pankek aku yang berbelas2 hinggit tu... kalau yang cekodok yang dia cas pandai tu pun tak menjadik, kalau la dia datang rajin ala ala einstein indon dia tu and bantai buat lak pancake pillsbury buttermilk mahal tu, aku rasa sang suami yang penyabar tu leh jadik incredible hulk pepagi buta tu.

batu belah batu bertangkup
makan la aku telan la aku
aku kempunan nak makan cekodok manis........

(kalau batu tu leh jawab... sila bangun awal2 ek, goreng cekodok sendirik -erk!)

huaaaaa......

2 comments:

Syahida said...

haha mekJa, aku klik 'like' untuk jawapan batu tu..hehe

ja amran said...

hahahah!!!