Sunday, January 23, 2011

9 bulan terduga umpama forever terseksa

tajuk hari ni bila aku baca balik macam tajuk lagu dangdut la plak... ahaks!

hari ni saje nak mengomel explain perasan aku alami dalam 9 bulan aku mengandung ni...mana la tau kot2 ada yg terselit tu boleh org lain wat iktibar, and aku pun puas melepas perasaan.

9 bulan
9 months orang puteh kata...

dalam 9 bulan ni, setiap perempuan (ke ada lelaki affected?) lain2 pengalamannya.

ada yang pening
ada yang muntah2
ada yang loya
ada yang tak rasa apa2
ada yang mengantuk terlampau
ada yang malas terlampau
ada yang rajin berlebih

dan yang pasti emotional rollercoster tu satu kemestian...

wahai sang suami,
bukan semua kejadian2 lain dari lain ni hasil dari mengada2.

pada aku, mostly perasaan luarbiasa ajaib yang aku rasa datang ntah dari mana2. if aku cuba tahan, i mean cuba nak berlagak normal, tapi apa kan daya.... aku tak leh.
tu yang tiba2 burst out dah langsung melayakkan aku dalam kategori kurang waras (ahahahah!!!)

aku rasa if ada kamera memana... dan ada flashback... pergh mau lari keliling padang sbb malu.

kenapa leh jadi cenggitu?
aku pun tak tau sebenarnya. mungkin sebab hormon yang tak stabil... mungkin sebab penat... and ada gak ke org yang sesaja je nak buat perangai?? (ada koooot....)

tapi, sang suami, cuba la fahami.... cuba kalau sedara-sedara diletakkan satu beban (ataupun beg pouch yg cam kanggaru tu) kat perut...pastu bawak beg tu ke sana ke mari dalam masa 9 bulan, nak tido, nak ke tandas, nak beribadat, nak naik kereta, nak tut tut... (eh...ada ringtone lak).... dsb nya, rasa2 nya boleh maintain kewarasan ke?

pikir sebelum jawab aaa....

pastu sang isteri lak takleh amik kesempatan (kalau nak amik gak kena la yg logika). sbb kalau kita berperangai seperti perempuan gila pun tak berguna kepada reputation kita nanti :D
and banyak bersabar sebab nanti dapat pahala ahaaa.... (ni cakap kat diri sendiri gak ni)

dan jangan la segan kalau nak mintak tolong suami angkat apa2 yg berat (bukan angkat kita yg mengandung ni....) cthnya anak2 ke... angkat tilam ke... apa2 lah yang berat. sekadar kuali tu...angkat sendiri je la. dan angkat kain...

dan kalau kena marah ngan suami pun adalah baik kita berbuat bodo sahaja sebab kalau kita melawan pun tak guna sebab satu kita gak yg jadi derhaka... yang kedua last2 nanti kita gak yang menangis macam tgk citer hindustan dan yang ketiga, sapa yg tak bernasib baik dpt laki gila baran kurang sabar, mau naik cap mohor berbentuk tangan kat muka (nauzubillah....)

pastu time pregnant ni tahap risau pun agak2 tidak masuk akal gak... risau itu risau ini, padahal org tak pedulik pun. lagi haru.

over sensitive pun satu kes.

semua ni, aku agak la, sebab dah sakit badan sana sini. sabar pun menipis akibat penat tidur tak cukup sebab sakit tak selesa dan jugak kepanasan (ya, kami jadi panas walaupun dalam bilik ber-aircond)

support dari suami adalah sangat di alu-alu kan. after all, kami jadi begini pun disebabkan 'patukan ular' gak (eh, cam national geographic lak), lagipun kami jugak yang bertarung nyawa tatkala nak melahirkan nanti. dan restu suami jugak yang penting bagi kami :-)

sebenarnya semalam aku kena marah, sebab aku marah dulu. cerita detail malas aku nak cakap. tapi yang aku nak sebut nya, bukan niat aku nak marah, dan marah aku tu bukan berpunca semata2 dari tindakan suami tapi ada kejadian yang terjadi sebelum tu yng menyebabkan darah aku dah berada kat atas. biasa la, dugaan bila menumpang.... (opps...better stop before i regret it..)

dan aku mengambil kesempatan as isteri mengandung...(yang sensitive) dan lemah ini utk menyatakan aku tak bersalaaaaaaaaahhhhh (nak jugak tu)

and i am no superman (eh eh....)

2 comments:

Syahida said...

walaupun aku x tau hujung pangkal cerita sedih ngko...i feel u MekJa..sabo ye...mudah2an dapat nikmat mudah bersalin nanti.Amin.

ja amran said...

amin.... tenkiu syida. aku mmg berharap yg ni mudah la bersalin sbb dah tukar doktor. mintak2 bersalin dgn normal dan muuuudaaah...aminn