Sunday, November 7, 2010

rumah too expensive utk org berpendapatan sederhana?

FIL aku suka beli NST, aku pulak suka STAR sebab iklan banyak and adik ipar aku suka METRO sebab banyak gosip :D hubby aku tak kisah sebab kadang2 dia tak sempat baca pun, MIL aku pun suka NST rasanya sebab dia kena la beli apa paper lak dia baca.

mak aku suka semua, so kalau weekend akan ada banyaaaaak paper kat living hall tu. abah aku lak maleh nak baca paper dia lagi prefer tgk astro, layan movie lagi bagus, alang2 nak layan wayang kan, daripada baca 'wayang' dalam paper dia tgk wayang terus. tp kadang2 if ada berita besar2 dia baca la... :-p

so, apa cerita dlm NST semalam yang menarik perhatian aku?

HOUSES TOO EXPENSIVE FOR AVERAGE MALAYSIAN

how expensive is too expensive?
who are the average malaysians?

yang aku teruja sangat was that aku and hubby has been looking for a house dah lama dah. dah lama la jugak sampai hazeem pun nak masuk darjah 1 ---hahhaha...!!!

partly to blame is our instability of income. aku quit lepas anak umur 2 tahun. so hubby only got better paid job last 2 years. so within that last 2 years kami baru nak adjust our income with our outstanding debts... ye la... ini kalau nak cerita kena masuk bab lain lak. memang gaji dia sorang tak cukup, and aku ada few options... to work or not to work.

kerja balik?
aku tak sanggup losing my time flexibility. masa aku kerja dulu, if anak sakit ke nak amik cuti skit punya berkira, sedangkan aku still ada cuti. lepas tu gaji tak le banyak nau, wpun company tu company international. so, if aku kerja, i have to bear expenses on travelling makan socialising etc etc. so, aku opt for working from home. cuma aku lom jumpa the one yang aku leh stick on to.

berbalik kepada topic NST tu tadi.

middle income group ni ada 3 jenis: -

lower-middle iaitu sapa2 saje bergaji rm1500-2000

mid-middle jatuh kepada sesapa bergaji rm2,001-4000

upper-middle plak category orang yang bertuah utk dapat gaji rm4,001-6000.

sesapa yang lagi banyak tuah dan bergaji lebih dari yang disebut di atas, anda tidak tergolong dalam middle income ya.

so, apa masalah skrg?
according to experts (as stated dlm paper tu) what the middle income group deemed as affordable would be a double storey house priced at rm180k-200k in KL.

hmmm... cuba sapa2 bgtau, dalam kl ni, ada ke rumah double storey berharga sedemikian?

MIL aku duduk di keramat area.
a renovated single storey was sold at rm350,000.
a corner double storey low cost was sold at rm350,000 ---which aku rasa ni harga tanah je sebab rumah tu tersangat lah rundown and as soon as orang tu beli, he immediately robohkan everything and build from scratch.
a semi-d valued at around rm750k-800k.
houses within ukay perdana, yang keluar masuk cuma satu point je, double storey paling murah pun rm400k.
apartment and condos??
a basic apartment kat kemensah sold around RM160k-180k, sized 950sf.
if besar skit  boleh la dapat dalam rm240k-260k...better design with balcony, atleast you have a place to sidai baju, betul tak?
melawati area is about the same.
and new housing schemes lagi la toksa cerita.... i dont know why or is there nobody could control kenapa new housing projects ni semua project mahal2. yang beli pun geng2 sama je. geng2 mcm kami yang belum berumah ni camno? kalau beli rumah jauh kos travelling la plak dah. hitung pukal last2 sama je kos dia...

if nak murah skit pun area keramat AU2 ke, tempat ada kawasan kilang. tak byk sgt, ok la...tapi if you are lucky, you'll find a house to be sold. kalau tak susah.

skrg ni, kami tawakal je whether dapat rumah ke tak.
memang kami still mencari. budget kami tak banyak but mana tau ada rezki kan? sebab yang bagi rezki tu Allah, dan moga2 Dia membantu kami.
nak beli yang jauh dari KL, MIL kat keramat, parents sendiri KL centre.  pastu hubby kerja KL, anak sekolah private kat jalan enggang, keramat. so?

continue je la pencarian....

1 comment:

Syahida said...

good luck on your house-hunting..and yes, rumah dah jadik macam jongkong emas..huhu