la tahzan.... don't be sad
laki aku sampai kan part of ceramah yang dia dengar pasal La Tahzan ni... Ustaz Azhar duk cerita pasal jangan la kita bersedih dengan apa yang berlaku ke atas diri kita. and ada satu buku khas bertajuk La Tahzan, buku dari orang arab tapi femes-nya sampai europe, US dan serata dunia. (punya ramai org bersedih dalam dunia ni...) dan pengarang buku tu ialah, Aa'id Abdullah Al-Qarnee (aku nak carik buku ni)
bukan apa, kita duk cakap, percaya kepada qada' dan qadar... tapi bila kita terkena susah, punya payah kita nak terima hakikat dugaan tu Allah bagi atas sebab yang paling bermanafaat kepada kita. memang susah, aku tak nafi. cuba bayangkan, if we lost somebody we loved and depend on in our life, tak ke rasa nak bergulung je dalam selimut atas katil sampai bebila??? tapi sampai bila? still ada org lain yg memerlukan kita.... kita masih berguna.
dan aku pun terpikir, seksanya kengkdg nak selesaikan hari ke sehari. penat badan. dugaan lagi. memerlukan tahap kesabaran sampai tak tersabar la rasanya... tapi kita still kena teruskan hidup. allah dah bagi nyawa, dah bagi org sayangkan kita, pun dah cukup bagus. ni ada lak yang give-up ngan hidup, pastu nak main terminate suka2 je macam terminate credit card. kalau mati masuk syurga, alhamdulillah, tapi if mati pun cara terminate sendiri.... sendiri pikir la kan.
so, aku duk pikir hidup aku byk gak dugaan. kena tipu ngan kawan le... mak bapak garang la... anak2 hyper la... suami tak romantik la (eh tersasul)... tapi bila dipikirkan balik, ada hikmah disebalik semua tu.
bab kawan tu, if dia tak tipu aku awal2, aku dah ada niat nak wat dia partner biz, if dia tak tipu awal2 mau dia tipu aku masa dah jadik biz partner, lagi la tertonggeng aku nanti. so alhamdulillah...
mak bapak aku garang... mak bapak mana tak garang? aku ingat lagi masa sekolah ada budak lelaki nak berkenalan ngan aku berjaya dpt no fon umah aku. lantas dia menelefon umah aku dan usaha nya 'dijawab' oleh bapak aku. perbualan dia berakhir sebaik sahaja bapak aku bgtau dia, daripada burak talipon ngan anak pakcik, baik la ko gi bercucuk tanam ke berkebun ke...kerja sekolah dah abis? ----hahahhaaa... nasib baik aku kawen gak last2, tapi bukan ngan budak tu le
anak2 aku hyper...mana ada budak tak hyper sekarang... aku tgk rata2 mak bapak pening kepala. tapi atleast anak2 aku pandai amik hati aku. sihat tubuh badan cerdik akal fikiran. pastu bila hyper tu, kira part of aku nye exercise utk kurus (wakakakkaaa!!!)
part suami... aku sayang dia and dia sayang aku. walaupun dia tak kasik aku emas dan permata (cewaaaah), tapi aku tau dia sayang aku sebab masa aku sakit dia sibuk duk tanya aku ok ke tak... dah makan ubat lom... dan perkara2 sewaktu dengannya.
so, la tahzan....
2 comments:
hehe igtkan la tahzan tu mende la.. hehe.. tapi kak ja.. memang skarang kan, apa-apa berlaku tak kira la baik ke buruk ke. allah balas cash. orang buat kita..lepastu nanti allah akan balas perbuatan org yg buat kita tu cash.
yang past suami tak romantik tu.. buya pon sokong. hahahaha ;p
kdg2 allah kasik reserve gak... maksudnya, Dia biarkan je seseorg tu buat salah... biar je dia happy dlm dunia dia, so kita2 doa supaya Allah tunjukkan kat kita cepat2 supaya kita tak terbawak2...kang lagi byk dosa, esp dosa yang kita tak sedar.
Post a Comment