Wednesday, November 18, 2009

mimpi stress

bila stress or fikiran tu ada mcm2... aku selalunya aku bermimpi...

mimpi apa?

selalunya mimpi2 kategori stress ni hanya sesuai dijadikan cerita horror ataupun fictional yang terlampau.

cth: masa kerja dulu aku bermimpi bos aku boleh ber-transform menjadi monster ataupun melayu panggil momok... ada jugak time aku melampau benci kat bos aku, maka malam itu aku bermimpi bos kecik aku 'buat kerja' ngan bos besar aku - out of all the people, aku lak yg nampak - so... mmg HORROR!

skrg dah tak keje, apa lak aku mimpi?
ada time aku mimpi, laki aku buat2 lupa kat aku - ini mimpi boleh mendatangkan marah... dan bila bangun pagi, aku jeling dia seround dan dia akan musykil kenapa la kena marah pagi2 ni...

ada gak mimpi yang bila bangun, aku pun tak tau apa pekdah mimpi tu...

tapi kengkadang ada mimpi yg bermakna... contohnya: aku penah mimpi aku ada nasi lemak, aku makan tak abis2 siap pas kat laki aku lagi... skali rupa2 nya laki aku dpt offer kerja yg better dari kerja dia masa tu...alhamdulillah... ia juga boleh memberi maksud, lepas tu boleh la laki aku beli nasi lemak byk2!

ini cerita mimpi ya... lain dgn cerita mengigau...
kalau nak cerita mengigau yg best...
.
.
.
.
.
aku kena mintak izin laki aku dulu sebab....



..
.
(aku kena mintak izin dia dulu :-p)

1 comment:

administrator said...

Kita berhibur jap dengan pantun di bawah, hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’