Tuesday, December 8, 2009

solat hajat

semalam aku terjebak mendengar ceramah (bukan kat masjid tapi cd yg dipasang oleh apak ku)... ceramah tu oleh ustaz terengganu. so, bahasa penyampaiannya tiada lain dan tidak bukan melainkan bahasa terengganu.

lepas beberapa minit mendengar aku terasa best pulak. point ustaz tu stret je, ada siap illustrasi contoh2 lagi...

satu point pasal solat hajat ni, kita boleh meminta hajat pada Allah kat mana2 sahaja and bila2 sahaja yg kita nak... kalau nak main doa je boleh gak tapi yg paling afdal kita solat la. and solat tu mudah, takde ayat2 specific kena baca, ikut tahap kelas agama masing2 la :D

lepas tu, kalau nak wat solat hajat, biar le hajat tu besar skit... kalau setakat nak berhajat makan sup tulang malam nanti, itu baiklah kita doa dlm hati je :D solat hajat ni utk kes2 cthnya nak exam, kita nak result bagus...kalau cenggitu, jgn lupa supaya Allah memberkati pulak ilmu kita, kot dpt 18A nanti besar jadi hackers ke makan rasuah ke pembuat bom ke tak ke haru je...

lepas tu kena la lojik, contohnya, mintak supaya dpt 18A ataupun lulus dgn cemerlang, tapi buku sekadar selak 2-3mukasurat je baik le takyah. ini bukan magik.

lagi satu yg tertarik perhatian aku, dipenghujung sesi tu, ada sesi soal jawab. ada yg bagi soklan bertulis,

(ditranslate dari bahasa 'ganu)
"saya suka termenung di tingkap rumah setiap hari. dan hobi sampingan saya, saya suka meludah pada ayam2 yg lalu didepan rumah (WTF?). kadang2 kena kepala ayam kadang2 saya miss. apa kah saya berdosa?"

ustaz tu cakap la, ada gak ya soklan cenggini.. (muahahahha!!)
mula2 skali, takde lak nas yg sebut exactly apa balasan kalau kita ludah kepala ayam... tapi nabi muhammad saw pun menghormati binatang, even dia nak sembelih binatang utk makan, nabi akan asah pisau tu secara sembunyi2. bukan cam org sekarang, dah le asah pisau depan lembu tu, siap ckap lagi, 'siap la ko lembu'... tak elok la gitu.

kalau dipikir2 kan balik, mamat tu takde keje ke duk termenung sambil meludah ayam. adakah itu sesi terapi beliau? atau ada pertandingan meludah ayam?


manusia.... manusia...

4 comments:

sya amran said...

therapy...huhu

leaniz said...

aku suka..aku suka...ur entry...:)

ja amran said...

mcjie, mung patut dgr ceramah dio, namo ustaz tu Ustaz Pelat...namo betul aku tok sure :D

.cheq. said...

hahahahhahaha.. bodo mamat yg meludah tu.. kalo dkt mmg aku sekel pale dia..bengong!!!