Monday, December 21, 2009

ceramah lagi...

ini aku dah dgr lama tapi aku lupa nak zahirkan dlm blog aku ni

ceramah tu aku dgr dlm radio masa raya haji and masa dgr ceramah tu, airmata aku menitik... bukan sikit tapi deras gak la... and aku tak tau laki aku perasan ke tak, tapi yg nyata nya anak2 aku dah lelap dlm kereta.

tajuk ceramah tu aku tak tahu sebab aku dgr dah halfway eheheh tapi talk tu lebih kepada pengalaman seorg perempuan tu dapat tugasan sebagai the only lady photographer (kalau tak silap, the only photographer) yg ditugaskan mengambil gambar musim haji dimekah.

mostly dia cerita pasal pengalaman dia dari segi teknikal, tapi yg mengusik hati aku bila ayat dia ada sebut... hanya orang yang DIJEMPUT Allah sahaja yg dapat menunaikan haji dengan sempurna...

aku tanya laki aku, apa lak maksud tu? aku tgk ada gak org wat haji gedebuk gedebak tapi balik hancur gak... (nauzubillah)

laki aku cakap la, itu maknanya dia tak dijemput, hati belum terbuka. maklumlah, hidayah Allah ni utk org2 terpilih shj. korang tak tau betapa terusik aku dgr ayat tu. almaklumlah, aku ni pun kira kategori tak lengkap lagi dlmm ibadah...and aku ter-wonder2, adakah aku akan tergolong dlm org2 dijemput? adakah aku bertuah utk mendapat hidayah?

ada gak org2 yg aku tgk bercerita pasal agama bagai nak rak, tapi perangai tak serupa bikin. ada yg sembahyang cukup tapi kaki menipu. ada yg pegi masjid tapi mengumpat. nauzubillah... aku terpikir aku ni golongan mana?

laki aku cakap lagi, tuhan punya ujian lak macam2. ada tu perangai macam setan tapi tuhan bagi jugak rezeki kat dia. ada tu, tabiat nak menasihatkan org tapi tak sedar pun dia sama je. macam2 la... tapi yg penting kita berbaik sesama manusia, kita ingat dosa pahala and kita yakin Allah dah janji balasannya.

lepas tu, perempuan tu cakap lagi, kadang2 kita ni nak marah anak kita perangai tak senonoh. yg sepatutnya kita telek diri kita dulu, apa dosa kita sampai anak kita berperangai sedemikian. ada ke kita kasi anak kita makan duit haram? ada ke dosa2 kita dulu yg kita lupa nak bertaubat? ada ke kita duk wat naya kat org? semua tu Allah dah janji balasannya... and if anak kita buat perangai, kita doakan anak kita ke arah kebaikan dan semoga allah mengampunkan dosa2 kita, sekiranya ada yg kita tak sedar.

apa yg buatkan aku menitis airmata?
aku takut.
aku tau aku tak sempurna. and byk yg aku tak cukup.
dan aku berdoa semoga allah memberi hidayah kepada aku sekeluarga. semoga aku nampak if aku ada silap kat mana2 sebab aku nampak ada org keliling aku yang buat peel tapi tak sedar diri pun... nauzubillah, jgn la aku sekeluarga jadi cenggitu.

dan aku perasan, bila dtg keinsafan dlm diri aku, aku rasa tenang... aku boleh beribadat lebih lagi. lebih lengkap. dan aku lebih tenang. aku tak kisah pun apa org nak buat kat aku sebab aku yakin Allah Maha Berkuasa.

dan aku berdoa, moga2 aku mendapat hidayahNya. begitu juga dgn anak2 aku, dan suami ku dan keluarga ku.

amin...

3 comments:

.cheq. said...

marilah kita sama2 bermuhasabah diri.. jgn memunasabah diri ye.. hheheh.. -aku yg selalu alpa-

Syahida said...

Amin. Harap2 kita pun diberi peluang menerima 'jemputan' dan hidayah-Nya.

eh,rajin ko dgr ceramah ye?bagus la kau...btw, sape penceramahnya?

ja amran said...

cheq, bagus perkataan ko tu - munasabah diri - atau dlm erti kata lain, kita tau apa yg kita buat salah tapi kita nak jugak pikir kita betul :-p

syida, aku dok temankan bapak aku, tapi layan cd lepas tu yg ceramah haji ni aku tak tau sapa yg diorg interview tu, aku dgr kat IKIM FM :D