Thursday, March 31, 2011

bila jiwa kacau

hari ni already started with something not so good.
mimpi semalam tak best.
bangun pagi dah bad mood.... aiseh men... really hate days like these.

so, belum apa2 lagi dah terasa sangat penat... tengok anak2 still lagi asleep. penat sangat nampaknya. hmmm... tidur la, my sons... kejap lagi bangun we'll get our breakfast. mummy feels like having a big breakfast today. not really having a good mood so mummy needs a BIG booster! wakakakaa!!!

then, lepas tu berlaku lak kejadian yang of course, apa2 pun a mother mesti mengutamakan anak sendiri kan. anyway, sapa la aku.... (ni ayat yg selalu aku sebut dan i am getting tired of it)
ni yang membuatkan aku takmo bangun dari tempat laptop and just wanna sit here all day long, hoping i would blend in the background and nobody would see me here and wont even realise i existed, just like i thot they would want me to.

ini masalahnya bila dari kecik lagi kita dah ada low-self-esteem. the character tu dah macam jadi chop mohor dalam diri sendiri and let me tell you, it is not easy to get rid. tgk je la citer2 hollywood tu, those are realities, i mean those are actually happening. maybe kena jumpa pakar motivasi macam Tim Robbins tu ahaks ahaks!!



who's biting the dust???

Tuesday, March 29, 2011

kita menggunakan tangan untuk...

semalam, hazeem bawak balik paper ujian sains dia... memula aku tgk markah, dpt 84% kira cukup bagus sbab still A.

apa2 pun markah hazeem kali ni aku take note sebab ini test yang pertama kali dalam hidup hazeem. masa tadika pun tade test2 ni. pastu membaca pun still tahap tidak begitu memuaskan, so apa2 keputusan dia dapat aku take note mana yg dia excel and mana kena monitor lebih skit.

hari tu ujian maths pun dapat A.
ni sains pun A.
memang cukup Alhamdulillah.
tp paper2 lain belum dapat dan paper2 lain ni kira semua aku cuak ahahah!!!
bahasa arab, jawi dan tasawwur islami ---semua kena tulis of cos in jawi.
bahasa malaysia ada 2 bahagian, penulisan dan pemahaman. erk, tulis pun dia agak slow...nak kasik paham?? moga2 dia paham ehehehe....

english pun aku tak tau apa soklan2 yg dia kena jawab.

hehehhe...pendek kata, aku yang agak cuak menunggu result test.

berbalik kepada paper test sains tadi.
aku pun bukak la paper tu tgk apa soklan2 nya...apa yg dia silap...
fair gak la...masa revision pun aku main buat assumption dia tahu, rupa2nya ada part konfius. contoh: labelkan bahagian pokok, part buah and biji ---aku pun konfius tgk gambar bunga tu pecah, turns out bunga tu tadi adalah buah dan pecah mengeluarkan benda2 kecik iaitu biji.
pastu hazeem salah part pucuk and daun. sebab dua2 dilabel kat daun, cuma part pucuk tu kat atas sekali la.

dan kesalahan yg aku takleh terima kenyataan....

Kita menggunakan tangan untuk....
berlari / menulis

------dia jawab BERLARI

aku puas le duk pikir kenapa ek?
skali mertua ku buat le aksi, agaknya dia pikir tangan tu kena hayun laju2 bila berlari kot... pastu laki aku buat gaya mcm dlm citer Hantu Kak Limah Balik Rumah. HAHAHHAH!!!! hancus!
tu la, nak salah kan sapa bila anak imaginasi ikut tv!!! hahahah!!!

kite bakor aje... kite bakor!

sekian.

Monday, March 28, 2011

medina dan aku

medina (by kloset muslimah) sudah mengeluarkan their second batch of new colours of long flair tunic and palazzo as well as overcoat!!

of course, aku suka colour2 baru ni esp kaler askar tu (actually it is olive green gitu) and aku juga sgt suka kan palazzo dan overcoat.

palazzo tu di-tailored dengan bukaan di kaki yang besar --- so nampak membuai-buai ditiup angin, dan cawat seluar pun labuh --- jadi tidak le ter'sempit' bila disarungkan. pastu dia ada mcm section kat perut jadi perut rasa selesa dan me-minimumkan efek perut bertayar extra :-)

overcoat tu pun lain dari lain. buleh digayakan macam2. sesuai sangat kalau dah pakai mini tee lepas tu nak kuar tapi malas nak tukar baju,sarung je overcoat tu. labuh dan menutup aurat. apa beza dgn cardigan?? cardigan mcm agak tebal dan mostly singkat and very minimal. so why not try yg lain lak kan...

aku mengempen?? of cos! eheheh... sila klik http://klosetmuslimah.blogspot.com



Monday, March 21, 2011

...

tadi aku bukak facebook, ada member ni sudah post kan satu video clip yang menggabungkan lagu For the Rest Of My Life (Maher Zain) dan clip from Disney's Up.

fuh... it immediately becomes one of the saddest video clip yang aku pernah tengok.

the movie itself dah memang sedih, esp the part about him and his wife...how devoted he was to his wife. and how his wife was so in love with him, sacrificing so many things just to please her husband. simpan duit tabung sesama and when times were tough, kena pecah tabung but because they still have each other...takpe... life is still beautiful. and the husband pun was always there and always tried to accommodate her needs, walaupun hanya mampu nak belikan tiket kapalterbang di usia senja, pastu tak dan pulak nak kasik surprise...sedih.... huhuuhu

background lagu? perghh.... sapa tak nangis? sapa tak nangis?? sila muhasabah diri ek....

so i hope, after watching this video, please appreciate what you have. the person who is always there dalam susah senang. allah kasik rahmat dlm mcm2 bentuk, dan tak semestinya dalam bentuk kemewahan dan wang ringgit. itu yg kita as human, always forget.





another sharing,
hari tu aku gi kenduri of a relative. aku tgk muka uncle tu aku rasa tenang sangat....he's not rich but he looks very calm and contented and aku rasa dengan pendekatan dia dengan allah, kebaikan dia buat to org sekeliling, allah bagi dia ketenangan hidup. muka dia sentiasa nampak muda. and sentiasa tersenyum... subhanallah... :-)

Sunday, March 20, 2011

antara lagu yg diulang...ulang...ulang...ulang.....

di ulang oleh sapa? oleh incik suami, who is also peminat tegar Awie....!!!

actually aku pun suka, suara nye mmg mantops!

layan....




kasih dan cinta mu, terus memancorrrr....

i love u too :-p huhuhuhu....

anak ooo anak

semalam ada aunty hubby ku dtg ke rumah.masa borak2 tu dia cerita pasal anak kawan dia, darjah 6, sama sekolah dengan aisyah, sepupu hazeem who is also in Std 6.

aunty: kamu kenal ke aisyah? dia pun darjah 6 jugak.


budak tu: kenal... baik budak tu. dia pun ada adik sekolah tu kan...?


aunty: haah.


budak tu: nama dia hazeem.


aunty: eh bukan. hazeem tu sepupu dia, darjah 1. adik aisyah nama abdullah azam ngan husna.


budak tu: oo ye ke? tak kenal lak budak 2 org tu, yg saya tahu hazeem je...


errrr....glamer ke anak jantan ku tu? kalau betul glamer, glamer sebab apa la agaknya? yang aku tau hazeem ni peramah. and i really REALLY hope glamer sebab peramah, or helpful.  bukan sebab2 lain ...hahahahha!!!



harith lak.

suka sangatttttt gosok gigi. lepas abis nak gosok lagi. tapi sebenarnya bukan dia gosok gigi. gosok first round tu je. lepas tu dia syok makan ubat gigi tu. sedap agaknya kot, rasa chewing gum. lantak le, janji ada part menggosok. and hopefully, walaupun belum ada hasil research, hopefully dia akan jadi cerdik pandai hasil memakan ubat gigi! ahahhahah!!!


i wonder...apa lak perangai si kecik dalam perut ni. entertaining as well, i hope :-)


Thursday, March 17, 2011

babies are cute

tiap2 pagi, aku bukak youtube, kasik anak aku layan

mostly aku kasi tgk katun dekat 10 round, lepas tu diorg boring dan lari dari laptop. baru la aku boleh buat keje. tapi kadang2, aku pun layan katun, last2 aku pun penat.

tadi aku bukak clip, Charlie Bit My Finger. suka harith.

pastu aku jumpa clip ni lak. aku rasa budak ni dia mixed feelings, takut dan kelakar bila mak dia hembus hingus. ehehhe....

sila tengok, jgn tak tengok....




comel kan? kan? kan?

Tuesday, March 15, 2011

aku hari ini

wah...dalam gap yang lama since my last posting, ada byk kejadian yang berlaku. ada yang baik ada yang tak, ada yang best dan ada yang cukup2 tak best --- biasa la, turun naik kehidupan.


setiap hari aku rasa tak ada mood nak update blog, sama seperti takde mood nak jumpa orang or takde mood nak berbual dengan orang. hari2 pun bukak blog juga tapi end up layan youtube ngan anak2 aku, layan apa? layan katun. cartoon clips, lagu2 dari movie disney's, cartoon episodes yang classic esp yang ada donald duck, dan yang melekat kat depan laptop bukan sekadar budak2 ni, aku pun layan daa... yang nyatanya aku le tukang carikkan clip2 tu sbb tv skrg dah takde katun2 cenggitu.

to me, cartoon2 classic from disney ni ada byk learning points. mcm2 yang diajar, dan bukan sekadar hiburan semata. dan part hiburan pun, mmg hiburan yang clean, takde benda2 yang berbau lucah (ahaks!!)

lagu2 pun best.

pastu, layan lak cerita Megamind.... hahahah!!! ini hiburan melencong skit sbb what do you expect from Will Ferrel? yg lebihnya aku la hahaha... lebih kepada melayan lawak2 yang best dan lagu2 yang mantoppp!! bad to the bone, GNR welcome to the jungle, ACDC highway to hell dan MJ bad. perghhh... ehehhehe yang best nya, budak2 ni pun suka :D

then, ada lak cerita yang mmg tak best, Jepun kena tsunami dan earthquake. tambah tak best, nuclear reactor diorg pun buat hal.tambah paling tak best, adik aku satu family ada kat sana. alhamdulillah diorg selamat from tsunami tapi earthquake memberikan pengalaman ngeri jugak apabila rumah diorg bergegar selama 2-3jam laksana duduk atas bot.

bila nuclear dah semakin menjadik2...they had to take tix balik malaysia tu pun kena turun ke haneda airport. tiket pun dah abis. they are lucky to be able to get for themselves. transit di KK sbb direct flight dah abis. insyaallah

skrg lak cuti sekolah. bukak sekolah ni anak aku ada test -- ujian prestasi. alamakkkk ai...

sepupu2 dia selalu gak dtg sini, so bertambah jenuh la aku nak mengajar si hazeem ni. nak buat homework dah satu hal, nak wat revision?? perghh memang aku tawakal, ditambah dengan tahap kesabaran aku yang cukup2 menipis skrg ni. tidur tak selesa, batuk pulak tu, bangun pagi asyik sakit tekak je, lepas tu muntah kahak...fuh... hebat je bunyi nya kan.

hari ni anak aku bakal merasa bahang kemarahan aku kalau dia takmau buat homework. hmmm... aku dgr dia ckp nak buat homework.so hopefully dia mendengar kata.

O Allah, please save our souls today (huhuhu....)


Sunday, March 6, 2011

azam saat2 akhir

kalau boleh, aku nak baca surah ni hari2.... insyaallah, semoga allah memudahkan. amin

Wednesday, March 2, 2011

school bullies

yes.

aku pasti ada yang dah terbaca status aku kat FB hari ni.

semalam, seperti biasa, aku tolong hazeem buat homework, tiba2 dia mengadu...

hazeem: ma, tadi ada budak jahat. dia tolak hazeem.
me: ye ke? kenapa dia tolak hazeem? hazeem kacau dia ke?
hazeem: takde pun! hazeem dengan kawan2 hazeem nak masuk kelas. dia datang lepas tu tolak hazeem. lepas tu dia sepak kat bird hazeem!

I WAS SHOCKED!

me: KENAPA DIA SEPAK KAT SITU? lepas tu hazeem buat apa???

hazeem agak terpinga2 gak masa tu, i think he was trying to control his emotion, aku pun was trying hard takmo rasa emo. tiba2 laki aku lak menyampuk...

hubby: sapa kacau hazeem? (not so in shock since he missed the part where the stupid boy kicked hazeem's burung)

hazeem: hazeem tak tau nama dia sapa tapi hazeem kenal dia kelas 2 (this part was a bit confusing, whether kelas 2 means darjah 2 or darjah 1 kelas nombor 2)

me:lepas tu hazeem buat apa?

hazeem: hazeem tak buat apa2. kawan2 hazeem ada dalam kelas. lepas tu nasib baik ada budak tahun 3 nampak, dia datang tolong hazeem. dia angkat hazeem pastu suruh budak tu jangan kacau hazeem.

me: hazeem bgtau cikgu tak? cikgu cakap apa?

hazeem: cikgu suruh diam

me: hah???!! apasal cikgu suruh diam???

hazeem: sebab dalam bilik guru tak boleh bising. (ok....another part of the story yg aku tak berapa paham --- mungkin cikgu suruh dia slow down his voice since it was the teachers' lounge ---- but what action yg cikgu tu amik??)

then aku bgtau hubby budak tu sepak hazeem kat bird dia --- of course, mamat tu bengang le! then dia tanya, hazeem nangis tak?
of course, aku takde la bird utk aku paham apa rasa bila disepak but i do know mesti rasa sangat senak!

eiii....anak sapa la budak tu. aku rasa cam nak je ke sekolah and gi tanya cikgu dia. tapi hari ni aku dah mintak tolong sepupu hazeem (prefect and senior darjah 6) gi tanya hazeem apa jadik sebenarnya. siapa budak tu, boleh tunggu depan sekolah (wakakaka!!!)

ooo...sekolah agama pun pandai samseng ya!
tarik kopiah tu nanti baru tau. huh!



hazeem ni tak penah terlintas dalam fikiran dia ada budak yg nakal sedemikian. sebab dia main pun takde pukul2 or rampas mainan budak lain or berebut2 dengan budak lain ke.... even dengan harith pun dia cuba sebaik mungkin not to hit harith back. but hopefully, bila terkena camni, he would know that when the world is cruel to you, you have to defend yourself. how? tu semua survival instinct. aku nak cakap pun tak gheti,.

penah dulu masa aku sekolah rendah, ada sorg budak pompuan ni tiba2 datang and menampar muka aku (reason? aku rasa dia jeles aku cun ahahaha!!!) --- ok, i was shocked! and aku membalas dengan mencubit sekuat hati pipi dia. and aku tanya, 'apasal ko tampar aku?'

dia jawab, 'saje'

itu lah dinamakan saiko!
hahahah  kesian...ada gak org kurang kasih sayang sampai cenggitu.

balik tu of cos pipi aku merah, and arwah atuk aku tanya kenapa. bila aku cerita, dia tegur aku, 'lain kali, nampak je tangan dia naik, ja pegang tangan dia kuat2. marah dia balik.'

perghh...bunyi macam senang je. mana la aku nak tau tangan dia tu naik sebab nak kasik aku penampar. ingatkan nak babai ke salam ke ...kalau aku tau awal2 lagi aku tampar dia.

that was ages ago. so i wonder how bullies have evolved and it is quite scary since mak bapak pun dah bertambah stress dan di pass pulak kat anak2 yang bakal melepaskan dengan menjadi kaki buli.
nauzubillah....

hindarkan la family aku dari org2 tak berguna ni. and semoga allah membuka hati mereka ni menjadi org islam yang lebih bagus.

amin....