Tuesday, September 21, 2010

nama anak

bukan senang nak nama kan zuriat kita.

boleh jadi gaduh. isu besar antara husband and wife. lagi parah kalau mertua or parents masuk campur skali...dia pun nak contribute. if contribute je takpe, ada nak dictate lak... aduhai...(nasib baik aku nye takde campor2 ni).

dua2 anak aku, aku n hubby pilih sendiri. proses nya takde la susah nau. cuma lama. sebab hati tak puas. tapi alhamdulillah, by the time melahirkan nama tu dah sedap dipilih.

Amir Hazeem - ketua yang tegas cermat dan bijak

Amir Harith - ketua yang kuat dan berusaha


so far, ada ciri2 budak2 ni yang kena dengan namanya.
and aku tak tau la, but maybe berkat pilih nama elok bermakna, anak2 aku takde bergaduh sesama diorg. hazeem cukup sayang kat adik dia. takde berebut2 mainan walaupun hati berat nak kasik kat adik (hahahha). tapi berebut mainan tu normal la kan. cuma hazeem byk mengalah...sian dia :D

kalau lepas ni anak aku lelaki lagi... amir apa lak nak kasik? aku nak amir yusof sebab bunyi cam hensem...laki aku xnak sebab nanti orang panggil usop hahahah...

if perempuan? aku lagi la tak tau apa nama nak kasik... so far aku tgk izzah antara yang menarik hati, maknanya 'kemuliaan, kekuatan'. tgk la kekuatan nurul izzah anuar ibrahim. hati yg cekal je leh maintain camtu... kuat dan penuh keimanan.

tapi ada ke kes yang nama sedap makna bagus tapi bila besar salah ajaran, lain lak jadi nya?

ada la kot kan... (kot terkena batang hidung sesapa yang membaca lak)

parents, kita bertanggungjawab memberi nama elok2 then mencorak personaliti mereka sebab semasa lahir, anak ni umpama kain putih bersih.kita la yang mencorak mereka.

jgn jadi cam org dulu2, mcm2 nama Kemut la, Sinut la, Aseh la... tapi itu dulu, kita yang dah berilmu ni, kita jadi improve yearghhhhh....

6 comments:

Syahida said...

Ja, bab pilih nama anak ni memang best, tanpa campur tangan third party la kan..

aku suka nama Amir tu, satu lagi Imran. kalau nama anak perempuan pulak, aku suka Maisara. tapi izzah pun sedap telinga mendengar :)

Nuraizah@Yong said...

Nak pilih nama anak perempuan memang letih beb.

Tapi as long as the name is agreeable by both husband and wife, it should be ok.

Cik Buya said...

Kak ja, preggy lagi ke?? hihihi
tahniahhh. hurm, bila nak buat open house kt melake?? rindu nak dukung harith yang comei n ensem tuuu.

taruk nama perempuan Amira la plak. sebab abg2 dah ade nama amir. hehe
suggestion jee, tak letak pon takpe :PP

ja amran said...

syida, masa nak choose tu rasa macam main berangan kemain lagi hahaha..itu yg syok tu.

yong, ko dah one pair...dah lega skit.pastu nama anak2 mu ala2 khan dynasty hahaha

buya, :D :D :D

Nuraizah@Yong said...

Ko pregnant eh? Congrats :o)

How can I miss that..hahaha!

Will call you! I'm so happy for you!

ja amran said...

hahahhaa...hint hint.. it doesnt take a genius to read between the lines (oooo...poyo) tq yong. aku pun terkejut.tp rezeki tak boleh ditolak ahaks.