Sunday, May 16, 2010

sejarah lipas

sapa takut lipas?

my confession: aku mmg takut lipas. and aku dpt tau anak jantan aku terikut2 perangai aku. bukan takut betul2 tapi sebab tgk aku takut dia pun join sama (cet).

kenapa aku takut lipas sedangkan lipas tu kita boleh pijak2 je?

eiii... tobaaaat!

sejarah bermula semasa aku berumur 4-5 tahun. masa tu aku duduk umah nenek. atuk aku contractor so at that time ada dia simpan stock papan satu bangsal besar! i repeat - bangsal BESAR ok.

after few weeks, papan2 tersebut nak kena transport keluar sebab nak pakai utk construction. so, masa lori punggah all those papan out, lipas BERSEPAH2 keluar dari celah2 papan!!! zaman dolu2 mana ada store cam skrg. (btw, aku xde la tua mana ok).

aku time tu belum takut lipas. bagi aku tabiat membunuh serangga perosak ni adalah satu aktiviti kecergasan. so, aku pun capai ridsect (sebab aku tgk nenek and pakcik aku wat cenggitu) and aku meredah bangsal tu dan men-spray lipas2 tersebut. little did i know (cewah) bila lipas2 tu terkena spray, maka bertempiaran lah mereka! hahahahha!!! ada yang terbang, ada yang lintang pukang. masa tu nenek aku cepat2 capai kerusi dan letak aku berdiri atas kerusi. tapi lipas2 tersebut mengganas naik atas kerusi terus atas badan aku. yang berterbangan toksah cerita la... maka disitu lah bermula riwayat takut aku pada lipas.lipas kecik ok lagi. lipas besar aku mintak ampuuuun....

and ada sorang kawan aku men-describe lipas terbang...

"aku buleh nampak sayap dia terkepak2 dan antena dia tegak matanya tajam memandang aku...itu pasal aku lari..."

No comments: