Monday, March 3, 2008

29 Feb 2008, Jumaat

Abah selamat ke rahmatullah pada pukul 2.25 pagi di hari Jumaat
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman...

Jam 5.00 pagi zamil terpisat2 menjawab telefon... sayup2 aku terdengar suara dia yg mamai2
aku bingkas bangun, panic... apahal pulak? zamil menghulurkan hp ke arah aku
kedengaran suara adik aku menyampaikan berita pemergian atuk aku yang dah lebih seminggu sakit
terus aku minta si liz book kan tiket kapalterbang utk aku dan zamil
aku naik ke atas utk mengemas brg2, selesai zamil mandi, aku bergegas ke toilet
sementara memberus gigi, baru aku sedar - atuk aku dah tiada
aku terduduk dilantai bilik air... menangis tersedu2... melepaskan segala2nya sebelum aku melangkah keluar
flight kami tepat 1015 di KLIA. aku dan suami, liz, ali, aiyshah, saiful, yol, ibu ku dan juga sepupuku nurul.
sepanjang perjalanan aku menahan air mata
setiba di kelantan, hujan renyai2, mendung semendung hati kami semua
semua menanti ketibaan kami utk kucupan terakhir
aku tak dapat menahan hiba, melihat arwah utk kali terakhir
tak dapat menahan hiba, melihat nenek yg kepenatan, kepiluan dipeluk cucu2nya
tak dapat menahan hiba, melihat adik2ku teresak2 menangisi pemergiannya
tak dapat menahan hiba, melihat sungguh ramai saudara mara, sahabat handai yg dtg melawat
aku rasa lebih 100 org bersolat jenazah
kemudian dibawa ke masjid
selepas solat jumaat, semua bersolat jenazah sekali lagi
subhanallah... ramai sungguh, Abah. ramai sungguh yg bersolat
menghantar jenazah ke kubur
malam tersebut, malam pertama tahlil...
ada saudara menyampaikan, kubur Abah terang sampai ke malam
masih ada org yang membacakan Al-Quran untuk Abah
Subhanallah...
inikah balasan Abah yang tak pernah tinggal sembahyang?
... mulutnya sering menyebut nama Allah... mengaji Kitab Allah?
... tangannya yang sering bersedekah?
... amalan2nya yang dibuat kerana Allah?
Aku insaf...
semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yang beriman...

4 comments:

Arin said...

al fatihah..

Gazza said...

takziah buat ja sekeluarga, semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Amin.....

Anonymous said...

Byk2 sabar ye Ja.. yang pergi biarlah pergi.. ketentuan oleh Nya.. kite yang ada ni mesti teruskan hidup.. Dun worry Ja.. we are ur angels remember?

Anonymous said...

innalillah.. takziah bt family k.ja..