of late ni aku seringkali terasa semak dan serabut dan boring dan bosan termasukla menyampah.... dengan apa? dengan macam2...
tadi aku ada baca satu blog ni, dia citer pasal zaman2 dia bercinta, i mean...dia sebut la skit2... so aku pun teringat time aku bercinta. jadi, elok la aku citer sikit untuk mengurangkan sakit hati dan serabut dan semak dan boring aku ni.... (hopefully)
aku tak ramai boyfriend... org minat kat aku ramai le (perghh...perasan...) tapi tak seramai orang yang aku minat ahhaha---- termasuk la abg Jordan dari NKOTB, abg Johnny dalam 21 Jump Street, dan jugak abg Beast tapi dia dah terminat kat Beauty la plak...
(owh, btw...koyong, if you are reading this, semalam ada Beauty n the Beast ehehhe)
nape aku x ramai boyfriend? takmau ke? aku rasa kalau dilayan hormon teenage masa tu, mmg la ramai tp mak bapak aku dulu macam polis, kdg2 macam askar pun ye gak. diorg masukkan aku sekolah semua perempuan. sampaikan lepas dpt result SRP, aku nak la try MRSM.tapi mak aku kata kalau nak asrama penuh, sila la apply STF ke TKC ke...dan disebabkan mood rebelious aku maka aku sambung je kat sekolah lama ku...kuakuakua... (aku x apply memana pun)
ok, berbalik kepada cerita masa bercinta, of cos la masa bercinta ngan mr hubby, masa tu kitorg dedua tidak la berduit nau. wpun dikalangan kengkawan, aku ngan dia ni kira dtg from family yg berduit, tp diorg tak tau family kitorg juga lah antara parents yg cukup 'cermat' pasal duit -hehehhe... so kami survive dengan duit loan je, masa tu sebulan RM220 (kan?). dia MARA and aku JPA.
memula tu kami kuar pun naik bas je. masa tu tak heran naik bas. kalau duit tak cukup jalan kaki la. kalau jauh skit naik komuter. kalau jauh lagi (iaitu from shah alam to KL) kami naik bas, murah murah.
penah skali tu, laki aku merajuk (takyah aku cerita kenapa sbb nanti akan jadi bahan lawak eheheh...), dia suh aku naik teksi from sunway piramid, dia jalan kaki nak gi komuter. aku kejar dia (siap hujan renyai2 masa tu ok...) bukan apa, risau lak aku sbb dia tak penah berkelakuan aneh begitu. tapi halfway aku kejar dia, dia still buat kes sedar tak sedar dan meng-ignore aku, lalu aku tahan teksi dan tunggu dia di komuter. hahahah!!! dia sampai kat komuter station, dah penat agaknya, baru dia nak bercerita nape dia tiba2 syahdu membawa diri hahahah!!!
lepas tu, dia dah mewah skit sbb parents dia kasik dia kereta Suzuki Jimny. tapi aku takde merasa sgt pun. aku stil naik bas. sebab dia nak bawak bebudak bilik dia naik kereta utk ke kelas. aku ni kira taraf girlfren je, so sila la naik bas. rugi kalau kemudahan uni kita tak guna :-p
kalau aku naik pun, duit minyak tong-tong (wakakaka!!!) almaklum la...duit MARA ciput je. kalau x tong-tong, kang nak makan lak xde duit.
tempat2 biasa bas stand klang (sampai skrg aku xtau nape nama dia bas stand KLANG padahal location bukan kat klang pun. pastu of cos, stesen2 komuter esp kat Subang and kat area Sogo nuh. so, tempat2 lepak tiada lain melainkan SOGO, dan Subang Parade. kalau nak kelas skit Sunway Piramid. hahaha.... nostalgia.
area shah alam tu takat PKNS cukup le utk makan2. tasik shah alam?? jgn buat hal, kang drpd takde apa2 kang ada lak apa2 kang.... wat naya je...jadik sepjg aku di PPP, aku hanya ke tasik shah alam utk celebret birthday kawan dia A&W. dan sekali lagi untuk hari sukan air ITM :D lain mmg aku hindarkan.
lepas shah alam, kami bawak diri, aku stay kat shah alam. kawan tu memula ke segamat lepas tu melaka, dua2 ITM. masa tu mmg dugaan dia kasik aku berat. perghhh...ikutkan hati aku mmg tak berbaloi aku bersabar, tapi kalau dah jodoh tak ke mana.
aku start keje, dia still belajar (rajin tul...)
pastu, nenek kelantan aku dah hint2 ada org duk tanya aku. biasa la org kelantan mmg suka match make kan org2 bujang ni.tu aku push boyfren aku suh masuk meminang or u better hit the road je.
dalam push2 tu, since dia acuh tak acuh, aku pun buat la istikharah. and without my knowledge, dia pun wat gak (aikkk...dia pun was2 ngan aku ke???) alhamdulillah, duit JPA and MARA kami tak sesia bila Allah kasik petunjukNya. petunjuk apa? panjang lak aku nak cerita tapi cukup aku cakap memang Allah tu Maha Besar.
so, skrg kami dah ber-anak 2 nak masuk 3. hopefully berkekalan hingga akhir hayat (and hopefully hayat tu panjang le....)
amin.....