Monday, June 28, 2010

big casket --- nauzubillah

semlm aku tgk Oprah... (yes, skali skala aku layan...)

and the issue last night was obesity in US. with guests -ryan seacrest and jamie oliver.
after watching that, aku rasa cam...aduhai...aku pun suka fast food. and fast food paling mudah, mcD. takyah kuar kereta pun dah dpt makan burger and fries and icecream!

ada satu session tu, jamie oliver ni pegi la melawat one lady with 3 ke 4 anak. he ransacked org tu punya fridge and found out all these while she has been serving pizzas, hotdogs, bacons, fries, wedges, and everything fried. dia lambakkan all these food on the table and masa tu aku rasa cam tekak aku loya je sebab everything is fried and greasy. and jamie tanya that nice lady, do you realised that you serve food to your family, your children and you are making them die 10-14 years faster? that lady terdiam and lepas tu airmata dia bergenang.

lepas tu jamie peluk dia. cos he knew she meant no such thing.

dia ckp, all i wanted to be is a good mother...

aku pun kengkadang tak perasan how unhealthy the food i serve my kids.

and in US, one of the fast growing industry is the BIG CASKET. keranda yg besar that couldnt be carried by normal van mayat tu and need to be lifted by FORKLIFT!

scary....

sapa nak tgk gambar and read more, tgk dlm website ni...


and lepas tu jangan lupa tgk recipe crunchy garlic ciken dia ---sedappppp!

Sunday, June 27, 2010

dulu aku bercita-cita

just before i was accepted to do my a-levels in PPP/ITM, aku rasa aku antara remaja yg bercita2 tinggi menggunung. aku nak jadi arkitek.

masa tu mak aku cantas cita2 aku, 'tak payah la, arkitek keje teruk. long hours. tak sesuai utk pompuan'

phrettt.... takpe. aku nak gi oversea. atleast bior aku ada pengalaman duk kat UK.

aku pegi buat a-level under JPA.

skali bila tiba time nak pegi first year, recession la pulop..!! ramai member2 aku frust menonggeng. sampai drebar teksi tukar nama PPP jadi TPP = Tak Pegi-Pegi (kurang asam tul...)

masa tu lagu 'i believe i can fly' R Kelly mmg la menyakitkan jiwa dan perasaan.

so, aku end up with a just average degree kat ITM. phretttt.... kempes lagi belon harapan ku.

lepas tu aku nye result kira antara yg best.so aku apply jadik consultant ngan satu international firm. tak fly takpe la, janji aku nye resume keje best, gaji pun should follow suit. aku dpt keje tu. masa memula gaji aku cuma rm1050 (macam gaji kuli kan kan kan...) tapi aku tgk tempat lain pun about the same for profession aku. so aku masuk keje dgn harapan utk satu hari aku jadi partner ke (kuang kuang kuang).

memula tu boss aku tak minat kat aku, ye la keje kat international firm, pakai tudung tu kira antara jarang2 berlaku la. melayu pun jarang2 kat situ. aku n member aku dpt, well...dia dpt dulu pastu dia tolong rekomen aku. after sebulan dua baru bos aku nampak kredibiliti aku. dia suka sebab aku pandai sebenarnya, takle nampak blur cam muka aku masa tu.

aku pun start dapat case best2. bonus n increment pun best.

pastu aku nak kawen. aku mintak tukar department, hopefully aku takyah lagi gi inspect tanah2 ladang ke, tanah2 kosong ke, tanah terbiar ke, kilang2 ke... bos aku frust. tapi dia kasik gak aku transfer.

bila dah transfer aku rupa2 mintak transfer masuk mulut buaya. aduh...! politik ofis sangat menyakit kan hati. aku ni agak bebal bab2 'kipas-mengkipas' ni. so, phretttt..... harapan aku utk promotion dan increment or bonus yg best started to crumble. dah kawen aku beranak lak.... Allah kasik aku rezeki anak yg sihat n hensem. tapi bab keje, aku semakin down. ye la, bila dah ada anak mana aku nak keje sampai malam. or keje weekend. or wat balik keje ke umah. and sometimes anak aku sakit aku kena cuti. so, tahun tu bonus aku skit....tambah sikit.

aku frust.

pastu aku lak mulut tak gheti nak diam. if aku tak puas hati ngan bos aku gi sound dia lak (apa ke dol la...) dah mat saleh tu tak suka aku. lepas tu aku dah boring so aku resign.

phretttt.... abis cita2 aku.

so skrg aku fulltime housewife. aku ada try a few businesses tapi lom ada yg sangkut. skrg i am taking a breather sebab aku rasa penat. aku duk tiup belon tapi angin asyik kuar je. so, aku nak a break. aku tak nak makan kit kat. i just need a break.

frust?? memang la. tapi sebenarnya aku suka spend time ngan anak2 aku. aku hands on dlm mengajar diorg. penat dan frust tu aku akan deal satu hari nanti. aku tau aku akan jumpa jackpot aku tapi aku tak tau kat mana lagi. so aku just need to keep looking.

dulu aku bercita-cita, skrg aku nak berangan dulu.



semua benda magik start with berangan-angan eheheheh....

Tuesday, June 8, 2010

lembu sapo dio...??

lembu sapo dio
lepah siye male
gi rato rato
serupo takdok tue
berok depe tanggo
lekat tengoh jale
masuk paga ambo
duk make anok pisey



rangkap2 di atas bukan rangkap2 mencarut tapi lagu dikir barat yang anak aku duk menyanyi dari pagi sampai ke petang.

ya, anak aku dah boleh kecek kelate ---- hahahahahhaaa!!!

Sunday, June 6, 2010

aktiviti magic-ku

sibuk la

busy ni...

aduiyaiiii...


ehehheee...
offlate aku busy ke sana ke mari. and setelah beberapa lama tak balik kelantan, we took the opportunity of 3 days weekend off last week, plus another day leave my hubby took on monday to go back to kelantan. our journey sangat la smooth sebab kami balik tengahari jumaat and came back to KL on monday. nak kata puas, belum puas rasa nya duk sana sebab byk lagi makanan yang aku tak sempat nak beli. almaklumlah, perut aku 4 department je ---eh, tu perut lembu daaa...

nnt akan ku upload gambar2 holiday kami.

sebut pasal trip ke kelantan, aku nak citer skit pasal anak jantan sulung aku ni, si hazeem. dah dekat 2 bulan hazeem duk batuk2, kira on off je. we have taken him to the clinic dekat 4 kali plus a trip to specialist peads kat ampang putri. unfortunately lepas baik for few days, kena balik. so masa kat ktan, kebetulan pakcik aku nak melawat sorg ustaz (darussyifa') utk ikhtiar ubatkan anak dia gak, so aku tumpang le skaki.

masa tunggu turn, anak aku duk perati apa ustaz tu buat, dia duk baca ayat2 Quran kat sepupu aku tu. sambil tangan dia macam menghalau penyakit2 tu keluar dari badan. tiba2 anak aku tanya, 'mama, atuk tu magic ke?!' ---- jengjengjeng...!!! tergelak aku.

bila sampai turn si hazeem, dia kata hazeem ada main kat luar masa maaghrib. biasa la jin setan ni senang nak masuk dlm badan (kalau tak takkan la ada manusia yg konon ckp pasal agama tapi perangai macam setan --- nak aku sebut ke nama???).

alhamdulillah, lepas jumpa ustaz tu dah dekat seminggu hazeem nye batuk beransur surut. skrg dah stop. alhamdulillah...

kepada para pembaca, jgn salah paham aaa... bomoh ngan berubat cara islam adalah 2 perkara berbeza. apatah lagi magic cam anak aku cakap wkakakakaka!!!

kepada para pembaca sekali lagi, jangan duk luar masa maghrib. itu kira masa traffic jam utk jin setan ni.